SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Monday, May 23, 2011

Sebagai hamba Allah ... kita selalu bersyukur tak..... jawab ye.....

Assalamualaikum...

ape khabar kmu ye....
Cik NY nak menyambng entry yang lpas ....
kalau tak sudi bce x pe....
yang penting Cik NY mnulis smbil mengingatkan sesame kita...
tak salahkan....

berseronok-berseronok jgak....
syariat tetap jd paduan....
sunnah menjadi amalan harian.....
Al-Quran sentiasa menjadi pegangan.....

kat sini Cik NY nak bagitau hakikat syukur........

klau kita ni benar2 orang yang bersyukur , dalam diri kita ada 5 amalan yang kita sentiasa amalkan..... kalau tak cukup tu .... pandai2 lah kamu fikir ye....

nilah amalan2 nye .....

1. Merendahkan diri terhadap yang disyukuri (Allah).
2. Rasa cinta terhadap Pemberi Nikmat (Allah).
3. Mengakui seluruh nikmat yang Dia berikan.
4. Senantiasa memuji-Nya atas nikmat tersebut.
5. Tidak menggunakan nikmat untuk sesuatu yang dibenci oleh Allah.

macamne..... cukup tak..... kalau cukup alhamdulillah.... kalau tak cukup same2lah kita memperbaiki diri kita ye.....

selalu kita cakap kita ni bersyukur agaknye mcmne care kita bersyukur ye.... sepanjang kita hidup ni kita betul2 bersyukur x.....

ade tak kita bersyukur seperti kta Imam Ibnu Rajab ni........

Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.

1.Syukur dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari Allah, berasal dari-Nya dan atas keutamaannya.

2.Syukur dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat (Allah), menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut, Allah s.w.t. berfirman, ertinya, “ dan terhadap nikmat Rabbmu, maka hendaklah kamu menyebut-yebutNya (dengan bersyukur)”. (QS:93:11)

3.Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut, kecuali dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada dari menggunakan nikmat untuk kemaksiatan kepada-Nya.

sekarang kamu dah tau kan hakikat dan jenis2 syukur..... jika ada kekurangan dalam kita mensyukuri nikmat Allah..... mari sme2 kita muhasabah diri.......Cik NY pun bukanlah seorang hamba Allah yang sepurna.... Cik NY masih dalam proses untuk menjadi hamba yang sentiasa taat kepada Allah.....

kita same2 tanye diri kita.... selama ni Allah bagi segalanya dalam kehidupan kita adakah kita ini hamba Allah yang benar2 bersyukur atas segala kurniaannya.....

Kita harus bertanya menjawab dan menilai secara jujur pada diri kita :

adakah bersyukur namanya...
jika seorang Muslim atau Muslimah meniru-niru gaya hidup orang kafir? Apakah makna syukur bila seorang Muslimah mengikuti model dan gaya hidup wanita musuh Allah? Berpakaian terbuka, bertabarruj dan membantah ketetapan syarak tanpa rasa malu dan segan?

adakah bersyukur namanya....
jika seorang Muslim meninggalkan solat lima waktu, atau mensia-siakannya atau tidak mahu mengerjakannya dengan berjemaah? Bahkan lebih suka melakukan perkara bidaah dan sesat?

kita ni termasuk dalam golongan bersyukur ke....
kalau meremehkan puasa Ramadan, tidak mahu pergi haji padahal mampu, tidak mahu membayar zakat dan bersedekah?

adakah bersyukur namanya....
jika tanpa segan silu bergelumang dengan riba, membazirkan harta untuk berfoya-foya, minum-minuman keras, dadah dan seumpamanya?

adakah bersyukur namanya....
jika seorang pemuda suka melepak di pusat membeli belah, tepi jalan, berbual kosong di telefon, membazirkan makanan dan meremehkan nikmat yang dia terima?

Ketahuilah Nikmat Allah:

Sesungguhnya mengetahui dan mengenal nikmat, merupakan di antara rukun terbesar dalam bersyukur. Abu Darda’ mengatakan, “Barang siapa yang tidak mengetahui nikmat Allah selain makanan dan minumnya, maka bererti ilmunya adalah sedikit dan azab telah menimpanya”.

*sumber rujukan dari http://shah194.blog.friendster.com

ape yang dijelaskan rsenye cukup untuk kita same2 mengetahui bahawa kita ni betul2 ke seorang hamba yang bersyukur or kita ni dah lupa diri....

jika kita menanti mereka yang benar2 sempurna menegur kita alamatlah makin huru-hara dunia ini..... walau steruk mane dia ketika dahulu jgn kita ungkitkannye... yang penting adalah dirinye sekarang.....

sebagai seorang insan dan seorang hamba Allah ... telah terletak dibahu kita tanggungjawap untuk saling mengingatkan kepada kebaikkan...... dahulukan hukum Allah sebelum hukum manusia kerana manusia itu juga makhluk ciptaan Allah.....

'Janganlah kamu mencari redha manusia dengan kemurkaan Allah... merana lah kehidupanmu kelak ..... bahagialah kamu jika mencari redha Allah dengan murkanya manusia kerana kamu telah korbankan kebahagiaanmu di dunia semata-mata mencari redha Allah....Allah akan mengurniakan bebaikkan keatasmu kelak.....'

Cik NY juga seorang insan biasa....
bukan sengaja membuat cerita...
tapi inilah hakikat nye....
mari bersama memikirkannye.......

sekian sahaje dari Cik NY...
wassalam.... ' diriku juga insan biasa '

2 comments:

Farid said...

Bersyukur tu mestilah selalu... cuma kekadang kita terlupa atau pun terlalai... apa pun... ingat-mengingati tu yg penting... Insya-Allah... Kita akan sentiasa lebih bersyukur..

Nurul Yusra (Cik NY) said...

btul2.... sangat2 stuju......