SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Saturday, December 22, 2012

Wangian Kasturi Al-Khausar ( Yang sakit dirawati , Yang sihat dilindungi )




Sejak Kebelakangan ini , isu masalah gangguan 5S (Sihir , Santau , Saka, Sampuk , Susuk ) kembali menjadi hangat. Tak Dinafikan Kesedaran tentang isu ini di kalangan muslim malaysia sudah meningkat.Tapi masih ada lagi yanng keliru atau mungkin tidak tahu apa kriteria gangguan dan sintom-sintop penyakit yang dialami.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan ini.Malah ia telah menjadi barah besar dalam masyarakat hari ini
Masalah gangguan yang semakin menular ini menyebabkan pelbagai masalah yang kita sedar daripada gangguan 5S ini diantaranya ialah :



Kesihatan yang baik merupakan anugerah Allah S.W.T dan salah satu daripada nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia.Sihat membawa maksud sebagai suatu keadaan di mana apa-apa sahaja yang ada dalam badan manusia telah berperanan mengikut fungsinya dengan betul.
Manakala kesakitan pula ialah kedapatan apa-apa sahaja yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betuk dan melemahkan diri sendiri.



 


Di atas kesedaran itu, kami di Wangian Kasturi Al-Khausar tampil untuk sama-sama memperkenalkan produk-produk Wangian Halal Tanpa Alkohol Dan Beruqyah berperanan sebagai wangian ,rawatan, dan perlindungan daripada unsur-unnsur gangguan Sihir,Saka,Santau,Sampuk dan Susuk.Produk-produk pasaran kami 100% dikeluarkan oleh Bumiputra Muslim dan telah dibacakan Ruqyah (bacaan doa penyembuh) dan 30 juzuk ayat suci Al-Quran beserta selawat yang amat besar fadhilatnya.











Apakah tindakan anda sebagai ibu bapa?

Dapatkan sekarang Kasturi Putih Al-Khausar.Dirummus khas dan formulasi bacaan ruqyah yang khas untuk perkembangan minda,meningkatkan kosentrasi serta semangat belajar.Amat sesuai untuk pelajar dan anak kecil .Turut berfungsi untuk menyelesaikan gangguan 5S




Dapatkannya segera untuk kepentingan anda bersama.

Kasturi Zaa'faran ada penyelesaiannya ,ia diformulakan sesuai untuk membina kesihatan dalam dan menaikkan aura dalaman yang berperanan penting untuk menaikkan seri wajah seorang wanita,menguatkan rahim,dan membantu dalam hubungan keintiman suami isteri.Ia juga mampu mengatasi masalah senggugut ,masalah stress dan ia sesuai digunakan pelbagai majlis dan acara.


Jadi apa tunggu lagi
Dapatkannya segera untuk kepentingan anda bersama.



Jemput Anda Menjadi Eksekutif Pemasaran Kami
 TANPA MENINGGALKAN SOLAT


AMARAN PANAS!!!

Ini bukan :

# MLM ( Multi Level Marketing)
#Insurans
#System KLIK2 dapat $$$
#Skim Cepat Kaya
# Cari downline
#System perlu MAINTAN bulanan
#sewaktu dengannya


* Kami cuma menyediakan ruang untuk anda menjadi PENYAMPAI ilmu & PENGEDAR, tambah pendapatan & TANPA PERLU MENGHANTAR barang @ JUMPA pelanggan.



Kami ada PLAN MUDAH untuk anda, anda join awal-awal...Lebih pendapatan jika anda memperkenalkan kawan-kawan kepada peluang hebat iniLihat plan pemasaran di sini.
Sistem Secara Online
Kini anda mampu menarik nafas lega kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk bersemuka dengan prospek anda lagi kerana di wangiankasturijampi.com kami telah menjalankan bisnes ini secara online sepenuhnya. Dengan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa & kos anda! Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer/laptop & capaian internet (seperti yang anda telah ada sekarang!!).
24 Jam Sehari & 7 Hari Seminggu
Kami akan menjamin kestabilan program ini akan tetap diakses pada setiap masa sepanjang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu (walaupun ketika itu anda sedang tidur!)
Bebas Penipuan
Tanpa penipuan/scam, dan kami tidak akan berbohong.
JANGAN RISAU, kami berikan anda laman web promosiPERCUMA, cuma minta kawan-kawan anda buka laman web anda. Senang kan...? Boleh SMS atau email kepada mereka. Kami bantu dengan system auto-downline yang hebat. Maknanya anda akan dapat limpahan downline dengan cepat dari tajaan upline anda.





anda berminat klik di sini 





APA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG SIHIR



APA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG SIHIR




Sumber berita : PEngajian khususiah bersama guru yang bersanad


DEFINISI SIHIR


Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.


Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir

  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.


CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

PENGGUNAAN MINYAK KASTURI AL-KHAUSAR SAMBIL ANDA SENDIRI MENGAMALKAN SUSUNAN AYAT2 RUQYAH BERIKUT.

PENDINDING GANGGUAN SIHIR.. YANG INI TURUT TELAH  DIBACAKAN PADA MINYAK
 Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh

" YANG SAKIT DIRAWATI YANG SIHAT DILINDUNGI "







Monday, November 12, 2012

Jangan Takut Untuk Jadi Baik

Assalamualaikum w.b.t

Khaifa halukum jami'an.....
Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dan masih lagi dapat menikmati nikmat Iman dan Islam...
kita manusia hidup tidak lah sempurna....
kita hidup menjadi yang terbaik untuk diri kita...

setiap pengalaman kita jadikan satu pengajaran.....
pertemuan yang diharapkan telah pun diizinkan oleh Allah....
Alhamdulillah.... inilah yang terbaik untuk kita semua....

teringat kata-kata seorang ukhti....
anggaplah setiap yang berlaku dalam hidup itu adalah sesuatu yang terbaik..
walaupun ada pengorbanan yang kita perlu lakukan...
anggaplah itu juga yang terbaik....
walaupun ada kesusahan yang kita alami...
anggaplah itu yang terbaik....

cnthnye apabila berlaku kita menegur secara direct pada seseorang..
dan mungkin orang itu terasa.... kita jangan takut.... mungkin itu yang terbaik...
Allah menjadi sesuatu itu adalah yang terbaik...
mungkin teguran itu boleh menyedarkan orang lain juga secara tidak langsung...
mungkin bila kita ingat balik kita akan rasa serba salah tapi apa yang kita buat tu untuk kebaikkan diri mereka jadi adakah itu menjadi satu kesalahan....
pastinya tidak....
ingatlah itulah yang terbaik....



kita selalu takut untuk jadi baik...
kita takut...
kalau kita akan kehilangan kawan....
dan kita akan sendirian....
sedangkan klau kita sedari Allah telah pun ganti dengan kawan baru yang banyak membantu untuk kita jadi lebih baik....
kita takut....
kalau kita dicemuh dan dibenci.....
sedangkan apa yang kita lalui itu sangatlah sedikit berbanding orang terdahulu

ingatlah apabila kita jadi baik dan niatlah kerana Allah ...
insyaallah Allah akan bantu kita , akan mudahkan segala urusan kita....
walaupn susah percayalah sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi disebalik tu semua...

jangan kerana orang lain kita takut untuk jadi baik....
jangan kerana diri sendri kita takut untuk jadi baik...
jangan kerana kawan kita takut untuk jadi baik....
jangan kerana keluarga kita takut untuk jadi baik....

kita jadi baik hanya kerana Allah....
kita jadi baik dengan akhlak yang cantik...
kita jadi baik dengan ibadah yang ikhlas.....
kita jadi baik bukan dengan niat untuk berbangga.....
kita jadi baik bukan untuk mendapat perhatian.....
kita jadi baik bukan untuk menunjukkan bahawa diri kita hebat...
kita jadi baik adalah untuk kebaikkan diri kita ,

kenapa kita perlu jadi baik , adalah untuk membuktikan bahawa Islam itu cantik , sangat mudah dan jalan yang betul ,
islam itu mudah , kenapa kita nak susahkan...
jadi baik bukan susah , tapi kita sering rasa susah...
kebaikan walaupun sebesar zahrah pun Allah masih nilai...
tidak rugi untuk jadi baik....
jadi ingat lah , apabila kita lakukan sesuatu yang ikhlas kerana Allah
Allah akan permudahkan segalanya...

berusaha untuk berubah menjadi orang baik ,
dan menjadi yang terbaik.....
jom kita jadi baik....

ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE
DON'T AFRAID TO BE A GOOD PERSON
~ BE A GOOD PERSON FOR EVERYONE~

sekian coretan yang menjadi peringatan buat diri...
harap ada sedikit yang boleh diambil untuk dijadikan pengajaran...
sekian... Wallahualambisawab....



Friday, November 9, 2012

CINTA dan SAYANG

Assalamualaikum w.b.t

khaifa halukum jami'an.....
alhamdulillah masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Allah...
apa yang manusia sering rasa itu adalah suatu fitrah....
jadi apabila ia datang , kita lah yang perlu bijak mengawalnya....
apabila ia suatu kebaikkan ia menjadi nikmat yang paling berharga...
apabila ia suatu yang menyakitkan ia menjadikan kita dalam resah dan gelisah....
itu semua adalah menjadi suatu kebiasaan kerana apa yang kita rasa manusia lain juga rasa....

apabila ditanya soal hati pasti akan ada yang tersenyum sendiri...
termasuklah yang menaip entry ni....
hati itu raja dalam diri... kita perlu bijak mengawal hati...
kalau tidak rosaklah hati yang menyebabkan hasad dan dengki akan mengusai diri yang menyebabkan kita semua hilang pertimbangan dan tidak akan peduli untuk menjaga hati setiap orang yang kita temui....
sukar untuk mentafsirkan soal hati... sebab ianya terlalu unik....

Dalam hati ada sayang , bila sayang terbit Cinta....
itu sekadar kiasan ataupun suatu kebenaran....
dari mana datang cinta kalau bukan dari rasa sayang...
ada yang kata.... kalau tak de perasaan sayang boleh juga rasa cinta....
eah jap... boleh ke macam tu ?????
anda lebih maklum akan jawapannya kan..... :)

mengurus hati bukanlah mudah terutama bila berkaitan dengan perasaan iaitu CINTA...
itu memang fitrah namun adakah ianya membawa kepada kebaikkan atau membawa kepada keburukan dan kelalaian... apa yang muncul dihadapan mata tak semestinya akan menjamin masa depan dan memberi kebahagiaan selamanya buat kita.... mungkin kita masih buta untuk mengenal erti sebuah Cinta kerna kita sendiri tidak menyelami dan memahami  rasa cinta yang menciptakan cinta.....
terlalu besar erti Cinta....

jika kita menonton Ketika Cinta Bertasbih... pasti kita ingat akan puisi ini.....


begitu sekali pengertian cinta kan........
tafsiran CINTA yang memang sukar untuk digambarkan......

kita boleh sayang semua orang tapi kita tak boleh nak cinta semua orang...
setuju tak ?????
cinta bukan hanya memberi tapi juga menerima....
tanpa cinta hidup kita kosong.....

berilah cinta yang tertinggi pada Allah....
kemudian buat Rasulullah...
kemudian kepada orang tuamu...
kemudian orang2 yang kamu rasa perlu... ^_^
bukan sikitkan... ramai.....

bila dinilai erti sebuah cinta memang sukar untuk mentafsir....
tangan ini sudah tidak mampu untuk menghuraikan menifestasi Cinta...
Cinta teragung Adlah Cinta dari pencipta sekalian cinta....
Cinta itu Adalah milik Allah...
apabila dia berkehendakkan maka diberikan..
jika tidak maka kita tidak menerima....



Cinta selepas Allah dan rasul adalah ibu bapa thats for adam
Cinta selepas Allah dan rasul itu adalah suami thats for hawa......

Cintailah yang berhak maka kamu akan memperolehi suatu kenikmatan dalam rasa kecintaan yang kamu sendiri sukar untuk menilainya dan sukar untuk diterjemah... walaupun tidak diluahkan melalui kata-kata kita boleh lihat melalui perbuatannye.... Cinta bukan kerana glamour tapi kerana keikhlasan....

full with love for all readers...
ukhuwah fillah.... TAUTAN HATI KERANA ILLAHI
Wassalam.....




Tuesday, October 30, 2012

BuatMu SAHABATKU



Khaifa halukum jami'an.....
Alhamdulillah... di pagi yang sepi ini jari ini masih mampu mencoret....
diri ini masih mampu untuk bernafas.....
diri ini masih diberi peluang bertemu dengan insan2 yang hebat....

ku amat syukuri atas nikmat persahabatan yang Allah beri ini....
tak tergambar rasa yang ada dalam hati ini....
segala suka dan duka , tangis dan tawa kita kongsi bersama....
tidak kira masa kalian korbankan masa demi membantu meringankan beban sahabatmu...
rasanya tidak terbalas jasamu sahabatku.....

hari-hari yang dilalui penuh dengan kenangan....
setiap kata-kata itu adalah peringatan....
setiap peringatan itu bukan paksaan dan kekerasan tapi nasihat yang lembut dan memberi kesedaran...
kamu jujur dalam persahabatan....
kasih dan cinta dalam berukhuwah melalui persahabatan adalah kerana Allah....



setiap kali bertemu , pertemuan pastinya bukanlah pertemuan yang sia-sia...
setiap pengalaman kita kongsi bersama , menceritakan masalah dan bersama membantu mencari jalan penyelesaian... bersama-sama berganding bahu melicinkan gerakan dakwah .... ana mhu menjadi sahabat yang membantu bukan membantutkan usaha sahabatnya untuk menjalankan dakwah.... ana kan berusaha untuk menjadi sahabat yang baik dan akan menjaga hati para sahabat dengan sebaiknya kerana nilai seorang sahabat itu adalah sangat mahal dan begitu berharga.....
masihkan kalian ingat.........
pada mulanya kita tidak mengenali tapi dengan kuasa Allah kita dipertemukan disini di bumi UNITEN yang mendamaikan dan menenangkan jiwa..... tidak ana sangka kita semua akan bersahabat.... itulah perancangan Allah..... kita dipertemukan dalam majlis ilmu dan berkenalan bukan dilaman muka buku tapi dalam program yang menyatukan dam merapatkan ukhuwah kita.... persahabatan yang terbina kini semakin erat dan hubungan kita sudah seperti sebuah keluarga.....  menerima diri seadanya..... alangkah mulianya hati kalian...


 tiada apa lagi yang mampu ku ungkapankan.... jari jemariku juga semakin sukar untuk terus menari dia atas papan kekunci.... betapa banyak yang ingin dicoret namun tidak termampu untuk melakukannya.... terlalu banyak yang ingin dikongsi... terlalu banyak untuk diceritakan namun itu semua terbatas dek waktu dan keadaan ana tatkala ini....... kasih dan rindu buat sahabat tidak kira dekat atau jauh.... yang lama atau yang baru... kalian adalah sahabat dunia akhiratku.... ana tidak mahu mengungkapkan dan mencoret nama2 sahabat yang merupakan insan yang teristimewa dalam hidup ana.... ana tidak mahu ada yang terasa jika ada yang tertinggal nama.... andai ada yang merasakan seperti diri mereka maka terimalah luahan hati seorang sahabatmu ini....... kalian akan tetap di hati ini.......

SALAM PERSAHABATAN 
dan semoga 
UKHUWAH FILLAH TILL JANNAH




KHAS BUATMU SAHABATKU



Sunday, October 14, 2012

Jawapan Rindu....

Assalamualaikum....

Khaifa halukum jami'an.......
sudah lame ana agak menyepi...
namun bersyukur masih berpeluang untuk mencoret kembali....

apabila ditanya mengenai rasa rindu...
pasti akan ramai yang mula bermadah pujangga...
melayan perasaan masing-masing.....
cukup hanya dengan 1 patah perkataan iaitu RINDU....

rindulah membawa kepada rasa dalam hati yang sukar digambarkan....
benarkah begitu ???
kita sendiri pernah rasa rindu pasti kita tahukan.....
siapa pun insan yang kita rindu...
family , sahabat , teman dan kawan...
itulah lumrah....
Allah telah ciptakan ia untuk merapatkan hubungan kita...
indahnya percaturan Allah.....

jangan rindu itu hanya pada manusia sehingga kita lupa untuk merindui Pencipta rasa rindu itu....
tanpa izinnya kita tidak akan rasa apa itu RINDU....
ianya wujud namun tidak dapat dipegang dan tidak dapat disentuh namun kita merasainya.....

sebenarnye sukar untuk mengungkapkan......
terimalah lagu ini buat kalian....


dalam hati ada rindu...
dalam rindu ada sayang...
dalam sayang ada cinta...
cinta pada siapa....
tentulah Dia yang telah menciptakan Cinta....

ana juga merindui kalian...
walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain namun rindu itu tetap ada....
tak semestinya kita rindu pada yang kita kenali...

~terus menanti jawapan rindu...~
ana merindui kalian kerana Allah.....
semoga kita menjadi BFUJ......
*BFUJ - BEST FRIEND UNTIL JANNAH


Monday, August 27, 2012

Kenangan Rehlah Aidilfitri 2012

Assalamaualaikum...

Khaifa halukum jami'an....
pantas masa berlalu.. namun tetap bersyukur atas kurniaan kehidupan ini...
dari saat bertukar minit , minit bertukar , jam bertukar hari , hari bertukar minggu , minggu bertukar bulan , bulan sudah bertukar tahun.... dan sudah bertahun2 kita terpisah dek jarak dan masa... namun ukhuwah yang terbina menyebabkan kita sentiasa terasa dekat walaupun hakikatnya kita jauh... "jauh dimata namun tetap dekat dihati....."

syawal yang tiba pada tahun ini memberi banyak kebahagiaan buat diri ana....
alhamdulillah syukur...
yang selama ini kami berjauhan akhirnya Alllah beri kami peluang untuk bersua kembali....
walaupun sebentar namun ianya tetap menjadi kenangan terindah dalam kehidupan kita semua...
bertemu berpisah kita adalah kerana Allah...
hati-hati kita bertaut juga adalah kerana Allah...
masih ingtakah doa rabitah yang kita selalu baca ...
dan ini lah keberkatan doa rabitah yang dibaca penuh keikhlasan kerana Allah...



moga ukhuwah kita berkekalan dan berpanjangn bukan sahaja didunia tapi kita semua boleh jadi Best Friend Forever Until Jannah ~ BFFUJ ~

jika kita berdoa ikhlaskanlah hati kerana Allah dan yakinlah bahawa Allah mendengar segala doamu....


 kenangan yang terukir tidak akan ku lupakan kerna setiap kenangan memberi makna dalam kehidupan dan akan terus terpahat dalam sanubari....

manisnya bersama adakah saat begini akan berulang kembali....  

bertukar cerita setelah lama tidak bersua.... 

 semakin manis senyuman kalian 

marhaban di rumah Ustaz Ibrahim 

gadis ayu.... 

sementara menanti ketibaan sahabat yang lain.... 

 semakin rindu dengan kalian semua...

 semakin hensem..... ^_^

 pantang nampak camera....

di rumah cikgu Rashid 

 kenangan bersama cikgu Rashid

sekolah lama..... angin seksi melanda ketika ini..... 

 boboy with Cikgu Rshid...


nampak comel je tapi dah jadi cikgu.. Alhamdulillah.. 









Menjamu selera di rumah Nur Muhammad 

 7 daripada 10 kereta






pertemuan sehari yang memberi kenangan terindah dalam kehidupan kita semua...
semoga saat ini akan berulang kembali....
sementara masih bujanglah kita boleh gerak beraya bersama...
bila dah kawin dah susah nak jumpa macam ni....
walaupun jauh namun kalian tetap dihati....
jalinan ukhuwah itu indah bila dihiasi dengan kasih dan rahmat Illahi...
bertemu berpisah kita kerana Allah...

~ kenangan indah rehlah Aidilfitri bersama sahabat SMALQ 2004-2008 ~