SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Friday, June 24, 2011

Lagu Penghargaan Buat Seorang Wanita........

Assalamualaikum.....

Khaifa halukum.....
Cik NY nak mengupdate entry yang amat bermakna  .....
Terutama kepada sesiapa  yang bergelar wanita.....
banyak lagu yang memartabatkan insan yang bergelar wanita.....
ble search lagu kat google tulis wanita.... memang banyak....
betapa wanita ini amat dihargai...

tapi bagi wanita yang diberi penghargaan jangan lah jadikan ia lesen untuk anda mengambil kesempatan untuk mengenakan insan bergelar lelaki....
sebagai seorang wanita perlulah tahu akan tanggungjawab yang dipikul....
peliharalah diri... jangan dijual maruah diri....
jauhilah maksiat .... dekatkan diri dengan ibadah....
jauhi kata-kata yang sia-sia... banyakkan lah berzikir....

ingat wanita buka insan yang Lemah..
jika ditindas bangunlah menegakkan kebenaran...
tangan yang lembut menghayun buaian ini mampu untuk mengoncang dunia....



terimalah dan hayati lah lagu khas buat insan bergelar WANITA 

Wanita

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Cik NY juga seoarang wanita ...
bila menghayati lagu ini terasa diri dihargai..
bagaimana pula dengan anda.......

sekian sahaje coretan dari Cik NY...
wassalam... ' wanita solehah itu adalah seindah hiasan dunia '

2 comments:

al_hakim said...

wanita..insan yg sangat bertuah.=)

.fariza. said...

perempuan mudah masuk syurga tapi ramai pula yg di neraka.