ASSALAMUALAIKUM.....
masa telah lama berlalu , kali ni baru rasa nak sambung kembali tentang cinta tapi kali ni kita terus melangkah mengenai cinta sejati......
pada siapa perlu kita curahkan rasa cinta....
adakah kita curahkan rasa cinta kita dengan hati yang ikhlas....
dalam dunia ni yang kita wajib cintai sudah tentulah yang telah menciptakan kita dan alam semesta ini iaitu ALLAH.....
tapi adakah kita semua mencintai dengan hati yang ikhlas....
adakah kita sering mengikuti segala perintah dan meninggalkan segala larangannya....
apa perasaan kita jika kita melanggar segala perintahnya.....
bagi mereka yang benar-benar mencintai itu adalah kerana mereka ikhlas kerana Allah dan bukan kerana sesuatu......
mereka juga akan mengikuti segala perintah Allah dan tidak akan sesekali mendekati perkara yang dilarang oleh Allah...
mereka akan rasa terlalu bersalah dan terlalu malu dengan Allah apabila melakukan sebarang kesalahan walaupun dimata manusia itu hanya kesalahan yang kecil.... manakan tidaknya.... kita ini hidup adalah kurniaan dan yang kita miliki ini adalah pemberian yang tidak ternilai harganya...
sebenarnya begitulah cinta sejati itu bermula.....
seandainya rasa cinta kita ini hanya terhadap manusia semata-mata...
kebahagiaan yang kita kecapi hanyalah sementara.....
apa yang kita perolehi itu kita tidak akan merasai kenikmatan yang amat bermakna...
kerana kenikmatan kebahagiaan dan rasa cinta yang sebenar adalah datangnya dari Allah....
banyak contoh yang kita dapat lihat dalam kehidupan para nabi dan ahli sufi....
kerana cinta mereka yang tulus kepada Allah mereka dikurniakan pendamping hidup yang istimewa daripada Allah....
jika kita memberikan yang terbaik dalam hidup kita untuk Allah , Allah juga kan memberikan kita segala yang baik dalam kehidupan kita termasuklah teman hidup kita.....
seandainya berlaku sesuatu musibah dan dugaan dalam kehidupan atau perhubungan kita janganlah kita menyalahkan apa yang telah berlaku kerana itu adalah ujian yang diberikan oleh hambanya untuk melihat betapa dalam dan ikhlasnya cinta kita terhadap Nya dan sekaligus menguji tahap keimanan kita...
ingatlah jika kita diuji kita adalah insan terpilih dalam berjuta hambanya...
cinta kita terhadap insan istimewa perlulah bersulamkan ketulusan dan keimanan agar perhubungan yang dibina tidak dihiasi dengan segala kemungkaran dan kemaksiatan......
kejujuran adalah penting dalam perhubungan kerana tanpa kejujuran hilanglah rasa kepercayaan dan rasa cinta itu akan mula pudar.....
jika kita bimbang rasa cinta sebelum pernikahan itu akan mendatangkan kemudaratan jauhinya....
jangan sesekali mendekatinya kerana ianya akan membinasakan kehidupan kita....
cinta seorang insan yang sejati akan kekal sehingga mereka diijabkabulkan dan bahagia hingga ke akhir hayat dan sepanjang hayat mereka mereka saling membantu agar kehidupan mereka sentiasa dihiasi dengan kebahagian dan ketaqwaan yang akan memberikan mereka kehidupan yang lebeh baik di akhirat nanti......
ini hanyalah pandangan dari saya mengenai cinta sejati...
semua orang menginginkan cinta sejati betul tak..... termasuklah saya sendiri.....
mengharapkan seseorang itu jujur dan ikhlas jangan ada dusta antara kita........
andainya dia adalah untukku maka Kau dekatkan lah hatiku dengan hatinya....
seandainya dia bukan untukku Kau redhakan lah hatiku dengan ketentuanMu......
ya Allah , engkaulah tempat ku bergantung harapanku...
1 comment:
ok..da bole kawen...
Post a Comment