SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Tuesday, May 15, 2012

INGATKAH KITA PENDERITAAN SAUDARA SEISLAM KITA......

Assalamualaikum....

Khaifa halukum jami'an...
Alhamdulillah diri ini masih diberi peluang untuk mencoret dalam keadaan yang aman dan damai.....
adakah keadaan ini akan berterusan...
semoga Allah melindungi kita semua.....

bila melihat facebook hari ini rata menukar profail picture....


Adakah anda tahu mengapa......

- SEPATUTNYA KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA-

Jom tukar Profile Picture Kita. Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop.
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.

(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)

Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.




Mungkin ade yang mempertikaikan tentang mereka melakukan mogok lapar.... lihat ape pandangan para cendiakawan Islam......

Kepada para cendiakawan Islam, As-Salamu `alaykum,


Soalan :
Apakah fatwa yang sah dan terpakai berkenaan dengan mogok lapar yang dilakukan banduan Palestin yang ditahan didalam penjara Israel?


jawapan:

Wa 'alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji dan syukur bagi Allah,selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad.

Pertama-tamanya kami ingin berterima kasih kepada penyoal yang meletakkan keyakinan kepada kami untuk menjawab persoalan ini dan kepada Allah jualah kami memohon kekuatan agar kami dapat menjalankan tanggungjawab ini dan agar kami mampu melaksanakan perkerjaan ini ikhlas kerana-Nya.

Kami sangat-sangat berharap memohon agar Allah memberi kepada saudara dan saudari kita di Palestin kejayaan yang mutlak akhirnya.

Berkenaan soalan yang diajukan,sebahagian cendekiawan Islam berpegang dengan pendapat keharusan mogok lapar yang dilakukan oleh banduan Palestin selagi mana mereka tidak mempunyai saluran atau wasilah lain untuk menyampai serta menarik perhatian media dan warga antarabangsa kepada isu yang mereka lalui (bermakna cara ini adalah seharusnya jalan yang terakhir diambil oleh mereka).Bagaimanapun,para ulama menetapkan tindakan yang sedemikian perlulah dilaksanakan sekadarnya agar tidak membawa kepada kematian,kerana dalam situasi tersebut tindakan itu boleh dianggap seakan menyerupai tindakan membunuh diri,yang dimaklumi merupakan suatu perbuatan yang cukup kuat dilarang di dalam Islam.

Dr.yusuf Al-Qaradawi dalam responnya terhadap persoalan yang diajukan ini menyatakan bahawa:

Banduan-banduan didalam penjara Israel yang melakukan mogok lapar itu hanya mempertahankan hak mereka yang adil dan sepatutnya,dan diketahui secara umum di seluruh dunia bahawa mogok hanya dilaksanakan demi tujuan menyingkapkan jenayah dan ketidak-adilan yang dilakukan keatas mereka.Maka semua umat Islam diseluruh dunia seharusnya menyokong tindakan mereka ini dengan apa sahaja cara yang termampu seperti demonstrasi aman,sokongan secara moral dengan berpuasa atau menghantar mesej (dilama sosial etc) dan menengahkan isu ini dan mengeluarkan kenyataan yang mengutuk kekejaman Israel.

Ini akan memberi semangat kepada para banduan dengan mengetahui yang kita umat Islam dibelakang mereka,menyokong usaha dan mengetehui keadaan mereka.Kita sebagai umat Islam mempunyai kewajiban untuk membantu mereka dalam apa cara sekalipun kerana mereka berhak menerima zakat ,sumbangan kewangan berkala secara tetap bahkan sehingga kekadar mereka berhak menerima wang yang syubhah sumbernya daripada bank,sekalipun ia haram dalam keadaan biasanya ianya dikira halal kepada penduduk Palestin.Sumbanganlah dan salurkanlah kepada mereka sekurang-kurangnya makanan atau pakaian dan ubat-ubatan sekiranya kita tidak mampu membantu mereka secara terus disana

Tambahan pula,Sheikh Faisal Mawlawi,wakil ketua dewan kajian dan fatwa Eropah menyatakan:

Ianya adalah diharuskan bagi penduduk Palestin yang dipenjarakan di penjara Israel -ataupun hatta bagi banduan Muslim di negara Muslim itu sendiri- untuk melakukan mogok lapar sekiranya hak mereka dizalimi dan dinafikan dengan syarat bahawa ini adalah jalan yang terakhir dan ianya adalah satu-satunya jalan yang boleh dilaksanakan.

Sebagai lanjutan ,banduan tetap mempunyai hak untuk meneruskan tindakan mereka walaupun ianya tidak membawa kepada keputusan yang memberangsangkan berkenaan dengan tuntutan mereka,kerana sekurang-kurangnya tindakan ini akan menarik perhatian warga antarabangsa dan mencetuskan kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap perilaku yang tidak berperikemanusiaan yang dijalankan terhadap banduan.

Walaubagaimanapun beberapa noktah perlu diberi perhatian disini agar tindakan mogok lapar itu tidak bertukar menjadi tindakan yang bertentangan dengan syarak:

Pertama,hendaklah tindakan mogok lapar itu tidak diniatkan atau dibuat sebagaimana ibadat puasa,kerana puasa merupakan suatu ibadat khusus yang tidak boleh ditukar atau digunakan untuk menentang atau menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pihak yang berkuasa atau yang bertanggungjawab,malahan ianya adalah tidak dibenarkan secara syarak untuk seseorang itu terus berpuasa beberapa hari tanpa membuka puasanya,melainkan hendaklah dia memutuskan puasanya selepas maghrib sebagaimana biasanya.Maka hendak para pemogok mengambil sedikit air atau apa-apa minuman sebagai syarat agar mereka tidak dianggap sebagai berpuasa secara terus menerus

Kedua,mogok itu hendakalah tidak membawa kepada kematian kerana dikhuatiri sekiranya berlaku yang sedemikan itu adalah menyerupai tindakan membunuh diri.Maka hendaklah para pemogok mengambil sedikit air atau makanan ketika mana mereka merasa sangat-sangat lapar dan tidak bertenaga agar mereka tidak memudaratkan diri mereka dan menyebabkan kematian.

Sebagai tambahan,Dr.Muhammad Mahrus Al-A’zhami,ketua jawatankuasa fatwa Kesatuan Cendiakawan Muslim Antarabangsa (IUMS),Iraq,menyatakan:

Secara umumnya,mogok lapar merupakan suatu tindakan yang memudaratkan bahkan mungkin membawa kematian dan ia adalah suatu tindakan yang diharamkan seperti mana yang difirmankan oleh Allah:

“maka janganlah kamu membunuh diri mu (ataupun membunuh orang lain)” (An-Nisaa’: 29)
Walaupun demikian jika dilihat dari situasi semasa mogok lapar merupakan salah satu tindakan yang berkesan maka adalah dibenarkan bagi pihak yang tertindas untuk menggunakan apa-apa tindakan yang sesuai dan munasabah yang mampu memadamkan penindasan dan menjadikan pihak berkuasa mendengar suara dan tuntutan mereka,khususnya dizaman ini dimana manusia lebih memberi perhatian kepada tindakan mogok atau protes yang sedemikian rupa.

Maka,tindakan ini adalah dibenarkan didalam keadaan yang memerlukan selepas mereka selesai menggunakan segala cara yang ada dan mendapati medium ini adalah jalan yang terakhir.Didalam kes ini ,Israel telah menutup segala jalan dan meninggalkan pihak Muslim dalam keadaan yang buntu dan tidak mempunyai apa lagi pilihan justeru,tindakan yang sedemikian rupa adalah dibenarkan untuk menarik perhatian badan-badan antarabangsa dan persatuan-persatuan kemanusiaan untuk mengambil tahu akan isu yang sedang terjadi terhadap mereka.Kami secara ikhlas memohon Allah agar melepaskan mereka dari musibah ini melalui tindakan yang dilaksanakan mereka ini.

Wallahutaa’la a’la wa a’lam

sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaE&cid=1119503549026


dah baca berita ini ........


BAITULMAQDIS: Seramai 1,550 rakyat Palestin di penjara Israel menyertai mogok lapar besar-besaran dan dua daripada mereka sudah berlapar selama 64 hari, kata pegawai penjara Israel. Jurucakap penjara, Sivan Wiezman memberitahu, 100 banduan lain mula bertindak enggan makan sejak dua hari, menjadikan bilangan mereka yang menyertai mogok lapar meningkat kepada 1,550 atau lebih satu pertiga daripada keseluruhan 4,700 tahanan Palestin.Dua daripada mereka, Bilal Diab dan Thaer Halahla, melakukan mogok lapar selama 64 hari, menyebabkan kumpulan Physicians for Human Right (PHR) – Israel memberi amaran bahawa mereka berdepan risiko maut.Mahkamah Agung Israel semalam mendengar satu rayuan terhadap mereka yang ditahan tanpa didakwa. Prosiding itu juga digunakan bagi memperbaharui tempoh tahanan mereka sehingga enam bulan lagi. Selasa lalu, Diab berpindah dari penjara Ramle ke hospital Assaf HaRofeh berhampiran, sehari selepas PHR memberi amaran bahawa dia terancam jika tidak mendapat perhatian perubatan secukupnya. “Bilal dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke jabatan gasteroenerologi di Hospital Assaf HaRofeh,” kata peguamnya, Jamil Khatib. Seorang penasihat perundangan kepada Kelab Tahanan Palestin, Jawad Boulos yang melawat Diab kelmarin berkata, dia dirantai pada katil hospital dan dipantau empat pengawal keselamatan. Diab enggan berurusan dengan doktor sehingga mereka menanggalkan rantai itu dan memberitahu pengawal: “Setiap kali anda lebih kejam, saya akan lebih percaya dengan pendirian dan kepercayaan bahawa kebebasan adalah perkara paling berharga dalam hidup,” kata Boulos. Seorang doktor PHR yang memeriksa Diab mendapati dia mengalami sakit perut dan mungkin mengalami pendarahan dalaman. Katanya, Halahla juga perlu menjalani imbasan CAT dengan segera. Khatib yang mewakili Halahla, cuba untuk melawatnya di penjara Ramle pada Rabu tetapi tidak dibenarkan, katanya. Majoriti tahanan mula tidak makan sejak 17 April lalu dalam satu tuntutan termasuk menambah akses kepada peguam dan lawatan keluarga selain menamatkan hukuman ditahan bersendirian dan mengakhiri tempoh penahanan. Weizman berkata, satu suruhanjaya penjara memeriksa isu keadaan di tempat tahanan itu tetapi tidak memberikan tarikh bila ia akan diserahkan. Suruhanjaya terbabit mula bekerja sebelum bermulanya mogok lapar berkenaan. Human Right’s Watch turut berkata, Israel perlu segera mengemukakan dakwaan atau membebaskan mereka yang dipenjarakan tanpa dakwaan yang dipanggil tahanan pentadbiran. – AFP

sabarlah wahai saudara seislamku......


Cik NY juga tidak ketinggalan.....  menukar gambar tanda sokongan......


tapi Bukan gambar shaja lagi satu bantuan yang mampu diri ini beri ialah.....

bila semua berdoa ... ianya adalah kekuatan dan senjata yang paling berkuasa...
tapi hanya bilamana umat Islam itu bersatu ianya akan jadi lebih padu.....
bukan hanya berkata tapi laksana.......

adakah anda masih ingat peristiwa 15 mei 1948......


Peristiwa Nakbah 


Pedulikah Kita 64 Tahun Berlalu







“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Al Baqarah 120)

Salam perjuangan. Hari ini kita dihangatkan dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Akan tetapi, ingatlah wahai saudara Islamku sekalian bahawa pada tarikh 15 Mei 1948 merupakan salah satu titik hitam kepada seluruh umat Islam.

Akan tetapi, apakah kita seorang muslim yang peduli akan keadaan saudara kita ditempat lain?? Sedarlah wahai saudara ku sekalian pada 15 Mei 1948 satu titik hitam bersejarah yang menghentam umat islam di Tanah Palastin yang dinamakan Peristiwa Nakbah.

64 tahun telah berlaku, peristiwa nakbah yang menyasikan pembantaian keatas umat Islam di Palastine dengan rasminya Negara Haram Israel ditubuhkan. Sebahagian tanah Umat Islam telah dirampas, umat Islam di Palastin dibunuh dengan sewenang-wenangnya.

Zionis dengan angkuhnya, mengusir penduduk lebih daripada 60% penduduk Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Sungguh kejam!! Perkataan yang dapat diluahkan. Dalam peperangan tersebut, dengan menyayat hati umat Islam peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Palestin dilakukan oleh tentera yahudi. Anak-anak kecil, wanita, orang-orang tua lelali mahupun perempuan dibunuh bagaikan binatang-binatang buruan oleh tentera yahudi ini.

Lembaran 64 tahun berlalu, hari ini kita kian lupa akan peristiwa nakbah ini. Umat Palestin kian meratapi kesedihan dan dihamparan kesensaraan. Apakah kita peduli dengan semua yang belaku itu. Hari ini, jutaan umat Islam Palsetin menjadi pelarian dinegara sendiri. Pelik tapi benar itulah yang mampu diungkapkan.

Teringat kata-kata yang keluar dari Khalifah Islam terakhir, Sultan Abdul Hamid “ Demi Allah, tanah ini bukan milik aku, tetapi milik umat Islam seluruh dunia. Aku lebih rela melihat daging tubuhku dicincang-cincang, daripada melihat tanah umat Islam di pisah-pisahkan., dan itu takkan berlaku selagi aku hidup. Beritahu pada Yahudi untuk simpan duit-berjuta-juta itu, dan mereka boleh ambil tanah Palestin sesuka mereka tanpa membayar sesen pun, ketika khilafah telah tumbang”

Kehancuran khalifah oleh Yahudi membenarkan tanah Palestin dirampas oleh tangan-tangan mereka. Wahai saudaraku sekalian, buka dan fahamilah kembali sejarah silam agar kita mengerti apa yang berlaku pada hari ini. Umat Islam di Palestin meratapi, kita sini perlu sedari.

Ameer al-Maliki



bila umat islam tidak bersatu inilah yang berlaku...
jika dahulu generasi muda gagah bersatu berjuang mempertahankan Islam ...
tapi kini hanya lalai dengan hiburan......
begitu licik para musuh Islam meracuni tanpa kita sedari....
mengharap para remaja dan generasi muda menyedari perkara yang sedang terjadi.....
mereka gembira kerana ramai anak muda Islam yang terleka...
tidak kesah dengan apa yanag berlaku disekeliling mereka...
sampai bilakah ini semua harus berlaku...
jika tidak menyedari ianya hanya akan memecahkan kita yang sebahagiaanya sedang berusaha membina kesatuan dan ikatan Islam yang hebat antara umat islam.....

dimanakah remaja Al-fateh
dimanakah remaja hebat mewarisi Asadullah
dimakah remaja Saiful Islam.....
dimanakah remaja yang siangnya bagai singa mencari mangsa..
dan malamnya bersujud sebagai hamba
dimanakah mereka....

mari bersama hayati lagu ini .....
bilakah kita akan bersatu , bersatu membina kekuatan yang lebih baik hakikatnya...
mari layan ~SATU HATI~



sekian.....  semoga sinar Islam akan terus terpancar dan terus ditegakkn....
ayuh bangkit duhai generasi muda......
wassalam......


1 comment:

canang said...

Terima kasih melawat blog saya..ini adalah sebagai kunjungan balas di atas lawatan tersebut. Nice blog. Teruskan berblogging