SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Friday, July 6, 2012

Ampunkan hambamu ini....

Assalamualaikum....

masa pantas berlalu ...
rupanya diriku masih begitu.....
masih belum matang bila memikirkan sesuatu...
masih lemah dalam menilai perkara yang berlaku...
terus terbuai dek masa dan waktu....
banyak masa yang telah diriku bazirkan hanya kerana perkara sekecil itu...
ya Allah ... betapa ruginya diriku...

ya Allah....
ampunilah dosaku kerana memperkecilkan ciptaanMu....
diriku adalah amanah darimu....
tidak sepatutnya mulutku memperkatakan kata-kata sedemikian rupa...
berdosanya diriku......
salahku kerana tidak memberikan yang terbaik untuk diriku...
sehingga amanah ini tidak ku jaga dengan baik.....

ya Allah......
berilah diri ini kekuatan....
agar mampu untuk menghadapai masalah yang mendatang....
dan jauhkan lah diri ini dari mengeluarkan rungutan dan penyesalan di atas sesuatu yang berlaku...
kuatkan lah diri ini menghadapi hari-hari mendatang....

duhai diri kuat hati ...
ingat lah Allah sentiasa disisi...
biarpun berat penghinaan dan cercaan yang diterima...
ingatlah Allah itu takkan biarkan sesuatu berlaku tanpa ada hikmah disebaliknya....
mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu yang kita sendiri tak tau...
ingatlah... sungguhpun sesuatu perkara itu kamu tidak menyukainya sedangkan ia baik untuk kamu dan sedangkan kamu menyukai perkara itu sedangkan ia tidak baik untuk kamu...

jadikan sesuatu yang berlaku itu memberi pengajaran dalam kehidupanmu...
cukuplah kamu mengalirkan air mata kerana manusia...
doakan sahaja kebahagiaan hidupnya...
dan moga pintu hatinya terbuka untuk suatu kebaikkan...
mungkin dia tidak menyedari akan perbuatanya itu.... 
buangkan lah sikap dendam yang ada dalam dirimu...
maafkan lah...
itu adalah lebih baik....
bersabarlah... sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yanh sabar......
jangan biarkan air matamu mengalir lagi kerana manusia kerna ia tidak memberi apa2....
tapi biarkan air matamu mengalir kerana takutkan Allah.......
dan mengalir kerana menginsafi dosa2 silam.....

~ Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu untuk melaluinya~
~ Allah tidak akan membiarkan hambanya terus teranianya ~
~Setiap yang berlaku Allah letakkan hikmah disebaliknya~





No comments: