SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Tuesday, May 15, 2012

INGATKAH KITA PENDERITAAN SAUDARA SEISLAM KITA......

Assalamualaikum....

Khaifa halukum jami'an...
Alhamdulillah diri ini masih diberi peluang untuk mencoret dalam keadaan yang aman dan damai.....
adakah keadaan ini akan berterusan...
semoga Allah melindungi kita semua.....

bila melihat facebook hari ini rata menukar profail picture....


Adakah anda tahu mengapa......

- SEPATUTNYA KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA-

Jom tukar Profile Picture Kita. Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop.
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.

(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)

Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.




Mungkin ade yang mempertikaikan tentang mereka melakukan mogok lapar.... lihat ape pandangan para cendiakawan Islam......

Kepada para cendiakawan Islam, As-Salamu `alaykum,


Soalan :
Apakah fatwa yang sah dan terpakai berkenaan dengan mogok lapar yang dilakukan banduan Palestin yang ditahan didalam penjara Israel?


jawapan:

Wa 'alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji dan syukur bagi Allah,selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad.

Pertama-tamanya kami ingin berterima kasih kepada penyoal yang meletakkan keyakinan kepada kami untuk menjawab persoalan ini dan kepada Allah jualah kami memohon kekuatan agar kami dapat menjalankan tanggungjawab ini dan agar kami mampu melaksanakan perkerjaan ini ikhlas kerana-Nya.

Kami sangat-sangat berharap memohon agar Allah memberi kepada saudara dan saudari kita di Palestin kejayaan yang mutlak akhirnya.

Berkenaan soalan yang diajukan,sebahagian cendekiawan Islam berpegang dengan pendapat keharusan mogok lapar yang dilakukan oleh banduan Palestin selagi mana mereka tidak mempunyai saluran atau wasilah lain untuk menyampai serta menarik perhatian media dan warga antarabangsa kepada isu yang mereka lalui (bermakna cara ini adalah seharusnya jalan yang terakhir diambil oleh mereka).Bagaimanapun,para ulama menetapkan tindakan yang sedemikian perlulah dilaksanakan sekadarnya agar tidak membawa kepada kematian,kerana dalam situasi tersebut tindakan itu boleh dianggap seakan menyerupai tindakan membunuh diri,yang dimaklumi merupakan suatu perbuatan yang cukup kuat dilarang di dalam Islam.

Dr.yusuf Al-Qaradawi dalam responnya terhadap persoalan yang diajukan ini menyatakan bahawa:

Banduan-banduan didalam penjara Israel yang melakukan mogok lapar itu hanya mempertahankan hak mereka yang adil dan sepatutnya,dan diketahui secara umum di seluruh dunia bahawa mogok hanya dilaksanakan demi tujuan menyingkapkan jenayah dan ketidak-adilan yang dilakukan keatas mereka.Maka semua umat Islam diseluruh dunia seharusnya menyokong tindakan mereka ini dengan apa sahaja cara yang termampu seperti demonstrasi aman,sokongan secara moral dengan berpuasa atau menghantar mesej (dilama sosial etc) dan menengahkan isu ini dan mengeluarkan kenyataan yang mengutuk kekejaman Israel.

Ini akan memberi semangat kepada para banduan dengan mengetahui yang kita umat Islam dibelakang mereka,menyokong usaha dan mengetehui keadaan mereka.Kita sebagai umat Islam mempunyai kewajiban untuk membantu mereka dalam apa cara sekalipun kerana mereka berhak menerima zakat ,sumbangan kewangan berkala secara tetap bahkan sehingga kekadar mereka berhak menerima wang yang syubhah sumbernya daripada bank,sekalipun ia haram dalam keadaan biasanya ianya dikira halal kepada penduduk Palestin.Sumbanganlah dan salurkanlah kepada mereka sekurang-kurangnya makanan atau pakaian dan ubat-ubatan sekiranya kita tidak mampu membantu mereka secara terus disana

Tambahan pula,Sheikh Faisal Mawlawi,wakil ketua dewan kajian dan fatwa Eropah menyatakan:

Ianya adalah diharuskan bagi penduduk Palestin yang dipenjarakan di penjara Israel -ataupun hatta bagi banduan Muslim di negara Muslim itu sendiri- untuk melakukan mogok lapar sekiranya hak mereka dizalimi dan dinafikan dengan syarat bahawa ini adalah jalan yang terakhir dan ianya adalah satu-satunya jalan yang boleh dilaksanakan.

Sebagai lanjutan ,banduan tetap mempunyai hak untuk meneruskan tindakan mereka walaupun ianya tidak membawa kepada keputusan yang memberangsangkan berkenaan dengan tuntutan mereka,kerana sekurang-kurangnya tindakan ini akan menarik perhatian warga antarabangsa dan mencetuskan kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap perilaku yang tidak berperikemanusiaan yang dijalankan terhadap banduan.

Walaubagaimanapun beberapa noktah perlu diberi perhatian disini agar tindakan mogok lapar itu tidak bertukar menjadi tindakan yang bertentangan dengan syarak:

Pertama,hendaklah tindakan mogok lapar itu tidak diniatkan atau dibuat sebagaimana ibadat puasa,kerana puasa merupakan suatu ibadat khusus yang tidak boleh ditukar atau digunakan untuk menentang atau menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pihak yang berkuasa atau yang bertanggungjawab,malahan ianya adalah tidak dibenarkan secara syarak untuk seseorang itu terus berpuasa beberapa hari tanpa membuka puasanya,melainkan hendaklah dia memutuskan puasanya selepas maghrib sebagaimana biasanya.Maka hendak para pemogok mengambil sedikit air atau apa-apa minuman sebagai syarat agar mereka tidak dianggap sebagai berpuasa secara terus menerus

Kedua,mogok itu hendakalah tidak membawa kepada kematian kerana dikhuatiri sekiranya berlaku yang sedemikan itu adalah menyerupai tindakan membunuh diri.Maka hendaklah para pemogok mengambil sedikit air atau makanan ketika mana mereka merasa sangat-sangat lapar dan tidak bertenaga agar mereka tidak memudaratkan diri mereka dan menyebabkan kematian.

Sebagai tambahan,Dr.Muhammad Mahrus Al-A’zhami,ketua jawatankuasa fatwa Kesatuan Cendiakawan Muslim Antarabangsa (IUMS),Iraq,menyatakan:

Secara umumnya,mogok lapar merupakan suatu tindakan yang memudaratkan bahkan mungkin membawa kematian dan ia adalah suatu tindakan yang diharamkan seperti mana yang difirmankan oleh Allah:

“maka janganlah kamu membunuh diri mu (ataupun membunuh orang lain)” (An-Nisaa’: 29)
Walaupun demikian jika dilihat dari situasi semasa mogok lapar merupakan salah satu tindakan yang berkesan maka adalah dibenarkan bagi pihak yang tertindas untuk menggunakan apa-apa tindakan yang sesuai dan munasabah yang mampu memadamkan penindasan dan menjadikan pihak berkuasa mendengar suara dan tuntutan mereka,khususnya dizaman ini dimana manusia lebih memberi perhatian kepada tindakan mogok atau protes yang sedemikian rupa.

Maka,tindakan ini adalah dibenarkan didalam keadaan yang memerlukan selepas mereka selesai menggunakan segala cara yang ada dan mendapati medium ini adalah jalan yang terakhir.Didalam kes ini ,Israel telah menutup segala jalan dan meninggalkan pihak Muslim dalam keadaan yang buntu dan tidak mempunyai apa lagi pilihan justeru,tindakan yang sedemikian rupa adalah dibenarkan untuk menarik perhatian badan-badan antarabangsa dan persatuan-persatuan kemanusiaan untuk mengambil tahu akan isu yang sedang terjadi terhadap mereka.Kami secara ikhlas memohon Allah agar melepaskan mereka dari musibah ini melalui tindakan yang dilaksanakan mereka ini.

Wallahutaa’la a’la wa a’lam

sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaE&cid=1119503549026


dah baca berita ini ........


BAITULMAQDIS: Seramai 1,550 rakyat Palestin di penjara Israel menyertai mogok lapar besar-besaran dan dua daripada mereka sudah berlapar selama 64 hari, kata pegawai penjara Israel. Jurucakap penjara, Sivan Wiezman memberitahu, 100 banduan lain mula bertindak enggan makan sejak dua hari, menjadikan bilangan mereka yang menyertai mogok lapar meningkat kepada 1,550 atau lebih satu pertiga daripada keseluruhan 4,700 tahanan Palestin.Dua daripada mereka, Bilal Diab dan Thaer Halahla, melakukan mogok lapar selama 64 hari, menyebabkan kumpulan Physicians for Human Right (PHR) – Israel memberi amaran bahawa mereka berdepan risiko maut.Mahkamah Agung Israel semalam mendengar satu rayuan terhadap mereka yang ditahan tanpa didakwa. Prosiding itu juga digunakan bagi memperbaharui tempoh tahanan mereka sehingga enam bulan lagi. Selasa lalu, Diab berpindah dari penjara Ramle ke hospital Assaf HaRofeh berhampiran, sehari selepas PHR memberi amaran bahawa dia terancam jika tidak mendapat perhatian perubatan secukupnya. “Bilal dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke jabatan gasteroenerologi di Hospital Assaf HaRofeh,” kata peguamnya, Jamil Khatib. Seorang penasihat perundangan kepada Kelab Tahanan Palestin, Jawad Boulos yang melawat Diab kelmarin berkata, dia dirantai pada katil hospital dan dipantau empat pengawal keselamatan. Diab enggan berurusan dengan doktor sehingga mereka menanggalkan rantai itu dan memberitahu pengawal: “Setiap kali anda lebih kejam, saya akan lebih percaya dengan pendirian dan kepercayaan bahawa kebebasan adalah perkara paling berharga dalam hidup,” kata Boulos. Seorang doktor PHR yang memeriksa Diab mendapati dia mengalami sakit perut dan mungkin mengalami pendarahan dalaman. Katanya, Halahla juga perlu menjalani imbasan CAT dengan segera. Khatib yang mewakili Halahla, cuba untuk melawatnya di penjara Ramle pada Rabu tetapi tidak dibenarkan, katanya. Majoriti tahanan mula tidak makan sejak 17 April lalu dalam satu tuntutan termasuk menambah akses kepada peguam dan lawatan keluarga selain menamatkan hukuman ditahan bersendirian dan mengakhiri tempoh penahanan. Weizman berkata, satu suruhanjaya penjara memeriksa isu keadaan di tempat tahanan itu tetapi tidak memberikan tarikh bila ia akan diserahkan. Suruhanjaya terbabit mula bekerja sebelum bermulanya mogok lapar berkenaan. Human Right’s Watch turut berkata, Israel perlu segera mengemukakan dakwaan atau membebaskan mereka yang dipenjarakan tanpa dakwaan yang dipanggil tahanan pentadbiran. – AFP

sabarlah wahai saudara seislamku......


Cik NY juga tidak ketinggalan.....  menukar gambar tanda sokongan......


tapi Bukan gambar shaja lagi satu bantuan yang mampu diri ini beri ialah.....

bila semua berdoa ... ianya adalah kekuatan dan senjata yang paling berkuasa...
tapi hanya bilamana umat Islam itu bersatu ianya akan jadi lebih padu.....
bukan hanya berkata tapi laksana.......

adakah anda masih ingat peristiwa 15 mei 1948......


Peristiwa Nakbah 


Pedulikah Kita 64 Tahun Berlalu







“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Al Baqarah 120)

Salam perjuangan. Hari ini kita dihangatkan dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Akan tetapi, ingatlah wahai saudara Islamku sekalian bahawa pada tarikh 15 Mei 1948 merupakan salah satu titik hitam kepada seluruh umat Islam.

Akan tetapi, apakah kita seorang muslim yang peduli akan keadaan saudara kita ditempat lain?? Sedarlah wahai saudara ku sekalian pada 15 Mei 1948 satu titik hitam bersejarah yang menghentam umat islam di Tanah Palastin yang dinamakan Peristiwa Nakbah.

64 tahun telah berlaku, peristiwa nakbah yang menyasikan pembantaian keatas umat Islam di Palastine dengan rasminya Negara Haram Israel ditubuhkan. Sebahagian tanah Umat Islam telah dirampas, umat Islam di Palastin dibunuh dengan sewenang-wenangnya.

Zionis dengan angkuhnya, mengusir penduduk lebih daripada 60% penduduk Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Sungguh kejam!! Perkataan yang dapat diluahkan. Dalam peperangan tersebut, dengan menyayat hati umat Islam peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Palestin dilakukan oleh tentera yahudi. Anak-anak kecil, wanita, orang-orang tua lelali mahupun perempuan dibunuh bagaikan binatang-binatang buruan oleh tentera yahudi ini.

Lembaran 64 tahun berlalu, hari ini kita kian lupa akan peristiwa nakbah ini. Umat Palestin kian meratapi kesedihan dan dihamparan kesensaraan. Apakah kita peduli dengan semua yang belaku itu. Hari ini, jutaan umat Islam Palsetin menjadi pelarian dinegara sendiri. Pelik tapi benar itulah yang mampu diungkapkan.

Teringat kata-kata yang keluar dari Khalifah Islam terakhir, Sultan Abdul Hamid “ Demi Allah, tanah ini bukan milik aku, tetapi milik umat Islam seluruh dunia. Aku lebih rela melihat daging tubuhku dicincang-cincang, daripada melihat tanah umat Islam di pisah-pisahkan., dan itu takkan berlaku selagi aku hidup. Beritahu pada Yahudi untuk simpan duit-berjuta-juta itu, dan mereka boleh ambil tanah Palestin sesuka mereka tanpa membayar sesen pun, ketika khilafah telah tumbang”

Kehancuran khalifah oleh Yahudi membenarkan tanah Palestin dirampas oleh tangan-tangan mereka. Wahai saudaraku sekalian, buka dan fahamilah kembali sejarah silam agar kita mengerti apa yang berlaku pada hari ini. Umat Islam di Palestin meratapi, kita sini perlu sedari.

Ameer al-Maliki



bila umat islam tidak bersatu inilah yang berlaku...
jika dahulu generasi muda gagah bersatu berjuang mempertahankan Islam ...
tapi kini hanya lalai dengan hiburan......
begitu licik para musuh Islam meracuni tanpa kita sedari....
mengharap para remaja dan generasi muda menyedari perkara yang sedang terjadi.....
mereka gembira kerana ramai anak muda Islam yang terleka...
tidak kesah dengan apa yanag berlaku disekeliling mereka...
sampai bilakah ini semua harus berlaku...
jika tidak menyedari ianya hanya akan memecahkan kita yang sebahagiaanya sedang berusaha membina kesatuan dan ikatan Islam yang hebat antara umat islam.....

dimanakah remaja Al-fateh
dimanakah remaja hebat mewarisi Asadullah
dimakah remaja Saiful Islam.....
dimanakah remaja yang siangnya bagai singa mencari mangsa..
dan malamnya bersujud sebagai hamba
dimanakah mereka....

mari bersama hayati lagu ini .....
bilakah kita akan bersatu , bersatu membina kekuatan yang lebih baik hakikatnya...
mari layan ~SATU HATI~



sekian.....  semoga sinar Islam akan terus terpancar dan terus ditegakkn....
ayuh bangkit duhai generasi muda......
wassalam......


Tuesday, May 1, 2012

Hatiku Tersentuh lagi.....

Assalamualaikum.....

khaifa halukum jami'an......
bersyukur kehadrat illahi atas kurniaanya dalam kehidupan ini......
semalam adalah hari yang paling bermakna....
hari yang penuh bermakna menyingkap pelbagai erti
sehingga sukar untuk digambarkan oleh kata-kata....

ya hari itu penuh bermakna ....
pada pagi ku diuji sehingga mengalir air mata ini..
hanya sabar menghadapi kerana Allah lebih mengetahui....
tidak kusangka kesedihan pagi itu memberi ku satu erti yang amat mendalam...
yang mungkin orang lain tidak akan dapat faham...


pada ketika itu baru rasa betapa ku mensyukuri setiap nikmat kesenangan..
dan dalam ketika susahlah kita akan banyak menyebut nama Allah...
dan setiap masa kita akan sentiasa mengingatinya..
begitulah Allah memelihara diri kita ...
kesusahan itu bukan bebanan tapi Allah menyuruh kita ingat kembali...
sebelum kita sesat lebih jauh lagi 




itulah pentingnya bermuhasabah diri..
mencari kesilapan dan kesalahan diri agar kita tidak akan ulangi..
yang mungkin akan membawa penyesalan dalam kehidupan kita nanti....
muhasabah diri bukan sekali dan bukan hanya pada hari ini....
tapi setiap hari .... tapi jangan lah berhenti biarlah ia sebati dalam diri...
muhasabah diri adalah kekuatan rohani kerna kita akan sentiasa dapat menginsafi diri.....
dan akan berusaha untuk memperbaiki diri........




 apabila menghadapi DERITA jangan sesekali berPUTUS ASA dengan rahmat Allah , INGAT lah  kegelapan dan kesuraman yang kita tempuh bukanlah akan berterusan dan berpanjangan percayalah bahawa ianya akan cerah kembali....... Apabila kita diberi TARBIAH daripada Allah , kita perlu bersyukur kerana itu tanda Allah masih sayang kita .... oleh kerana itu kita perlu SABAR bukan merungut atau bermacam-macam lagi....

oleh kerana ujian kecil ini diri ini sudah hanyut dibawa arus kesedihan ..... ku bersyukur kerana Allah mengurniakan kalian yang menjadi dahan untuk ku berpaut dan menjadi penghalang dari diri ini terus hanyut dan memberi sinar baru dalam kehidupan ini.....
diri ini amat bersyukur kerna Allah mempertemukan kita semua.....
kerana kegembiraan ini sahaja ku sudah mengalirkan air mata....

 

kita ibarat satu keluarga yang terbina ikatan dari hati ke hati melalui kasih illahi yang amat indah dan bermakna buat seluruh insan yang mengerti dan menghargai erti kasih suci... ikatan yang kuat dan terbina antara kita telah diaturkan dan dirancang cantik oleh Allah..... selama ini kurasa sendiri walaupun ramai orang yang mengelilingi ... tapi kali ini ku dapat merasakan hangat kasih illahi melalui insan2 yang yang baik dan memahami diri ini... bersyukur sekali ku dapat belajar di sini.... baru ku belajar menghargai setiap nikmat yang Allah beri biarpun susah namun ada hikmah yang tersembunyi yang kadangkala manusia itu tidak menyedari......... 




ku sentiasa berdoa semoga ukhuwah kita akan kekal sampai ke syurga..... berada bersama kalian seperti berada dalam taman2 yang indah kerna disulami keikhlasan dan di curahi kasih sayang dan kata nasihat yang membina kekuatan hati dan rohani.... ikhuwah fillah yang menyebabkan keindahan itu wujud dan ku amat menghargainya...... 


ketika berada dalam bulatan gembira tiba-tiba ku minitiskan air  mata.... tak ku sangka ukhuwah yang terbina ini sungguh bermakna sehingga tersentuh hati ini...... ku melihat satu persatu wajah2 yang berada dibulatan ini.... ya Allah sangat bertuah diri ini....  tiada kata-kata yang dapat ku lafazkan ......
bertemu dan berkumpul kita adalah kerana Allah...... oleh itu Allah menyentuh hati-hati kita dengan rahmat dan kasihnya ... ku panjatkan kesyukuran tak terhingga ... moga ikatan yang terbina kekal hingga ke akhirnya... maaf tiada kata dapat ku ungkapkan kerana terlalu sebak.....
terima kasih diatas kata semangat dan peringatan kalian......


kata-kata seorang ukhti mengenai firman Allah yang sentiasa ku ingati dan ku genggam menjadi pembakar semangat diri untuk terus berjuang untuk illahi........ 

"Wahai orang-orang yang beriman , jika kamu menolong agama Allah , nescaya dia akn menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu "


dan ingatlah bahawa janji Allah itu benar...... 




sekian luahan ikhlas dari hati dan nurani yang sentiasa mendambakan kasih Illahi...
tautan ukhuwah membina ikatan hati melalui kasih dan restu dari Illahi....
kasih yang suci tidak boleh dijual beli dan akan dihargai mereka yang benar2 memahami erti cinta suci....
bermadah itu perlu untuk meluahkan apa yang terbuku dihati...
moga kita semua sentiasa diberkati.....
Wassalam.....



p/s seorang adik mengatakan "bila saya lihat bulan saya ingat akak n bila saya tengok akak saya dah lupa pada bulan.......... syukran sayang kata-katamu membuatkan akak ketawa riang..... bersyukurnya.... Allah hadirkan kamu untuk merawat diri yang dalam kesedihan..... ukhuwah fillah until Jannah.....

Saturday, April 28, 2012

Persediaan Menghadapi Peperiksaan....

Assalamualaikum...

Khaifa halukum jami'an.........
Alhamdulillah... masih mampu untuk melihat dunia ciptaan Allah yang cantik ini...
disebabkan tinggal beberapa hari je lagi nak menghadapi exam..
jadi Cik NY nak share lah sikit persediaan ni...
Cik NY share je dari blog Nota Fikir....
ni pun untuk persediaan Cik NY jugak.......
selamat beramal semua


1. Memilih kawan yang sesuai
Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.
2. Mengutamakan nota pendek
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu dalam mengulangkaji ini.
3. Masa untuk meluahkan apa dipelajari.
Ada kalanya kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk menyampaikannya kembali dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di saat akhir ini adalah penting untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa yang kita fahami dan pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan tahun-tahun lepas dan soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan segala ingatan dan fahaman kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk meluahkan segala apa kita pelajari.
4. Menjaga Hubungan Dengan Manusia dan Alam
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.
5. Rehat yang Mencukupi
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan minda.
6. Mengelak Kecelakaan dan Menjaga Kesihatan
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
7. Memohon Guru/ Pensyarah Halalkan Ilmu
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru/pensyarah. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.
8. Doa & Qiamulail
Jangan tunggu sekolah untuk menganjurkan malam qiamulail dan majlis bacaan yaasin untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.
9. Sedekah
Keluarkanlah sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah kewangan kamu. Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah dan ibu, tidak bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji gula-gula atau seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang termampu terutamanya pada hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi kebaikan kepada mereka yang bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu adalah kemudahan dalam menjawap soalan dan memperoleh kejayaan.
10. Restu Ayah dan Ibu
Terakhir dan terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”
Insya-Allah, sama-sama kita doakan kita berjaya dalam peperiksaan dan menjadi umat yang berilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat. Semoga pesanan ini bermanfaat.
apa yang di share ni mmg bagus tapi kadang2 Cik NY sendiri susah nak ikut.....
semoga kita dapat sama melaksanakan...
sekian dari Cik NY...
wassalam........


Imtihan around the coner......

Assalamualaikum.....

Khaifa halukum jami'an......
alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas...
kesibukkan menyebabkan Cik NY agak sukar untuk mengemaskini blog ni...
maaf ye....

bila sebut imtihan around the corner je dah boleh faham dah....
sibuk wat persediaan akhir menghadapi exam....
semua orang sentiasa mahukan yang terbaik btul tak....
okey2 cukup lah tu .... straigh to the point....

sebenarnya Cik NY nak memohon segala ampun dan maaf...
buat mereka yang pernah Cik NY sakiti dan lukai ,
sama ada secara sedar atau tidak.....
maafkan Cik NY ye....
Cik NY hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan dosa...

halalkan makan minum Cik NY...
maklum jelah Cik NY ni boleh tahan jugak kuat makan...
dah tu bila pagi buta cari mkn ape y ade Cik NY makan...
sorry klau terlebeh mkn......

mcm umum n ringkas sgt je...
nak special sikit lah.......
sudi lah membacanye ye.....


Khas buat Emak dan Ayah
anakmu ini rindu padamu...
hanya gambar dan suara pengubat rindu yang bersarang dalam jiwa....
hanya doa dapat dikirim moga dalam keadaan baik sentiasa...
kemaafan ku pohon dikejauhan ini... ( jalok ngapuro yo)
mengharap restu dan doa...
agar anakmu ini tenang dan diberi kemudahan dalam menjalani peperiksaan.....



buat semua lecture2 yang sabar melayan kerenah Cik NY
terima kasih banyak2 ye....
halalkan ilmu yang dicurahkan...
nantikan kedatangan Cik NY sepajang study week nanti ye...
banyak soalan yang Cik NY nak tanye..
macm nilah jadinye bila kurang fokus dalam kelas...
bukan x fokus tapi agak lambat nak faham.....

buat sahabat-sahabat2...
terima kasih atas segala bantuan kalian semua
walaupun kita lain stage tapi anda sudi membantu
pertolongan anda tidak mampu untuk ku balas....
halalkan semua ye tak de terkurang dan lebih....
maafkanlah semua kesalahan dan kesilapan yang telah Cik NY lakukan pada anda semua.....
hanya doa dapat dipanjatkan ikhlas dari seorang sahabat.....

buat kawan2 dan adik2ku semua...
maaf kerana Cik NY byk kerenah...
maaf x jalankan tanggungjawap degn baik.....
terima kasih bagi mereka yang ikhlas dan sudi membantu...
yang x ikhlas Cik NY x kesah...
tu terpulang pada kamu....
Cik NY terima lah yang termampu.....

kita saling memaafkan ye...
bagi Cik NY  kalian tiada salah dan silap ..
kalau ada pun mungkin dah lupakan....
tiada dendam yang tersimpan dalam hati ini...
semua kesalahan jika ada yang anda lakukan Cik NY dah lme maafkan...
hanya mampu mendoakan agar kalian sentiasa diberi ketenang dan kemudahan....
itulah yang mampu Cik NY beri....
nak kongsi ilmu ... Cik NY x sepandai kamu semua....
tapi Cik NY bersyukur sebab anda sudi membantu Cik NY sekadar yang kalian mampu...

banyak pulak keluar ayat touching....
maaf ye....

akhir sekali...
semoga kita semua diberi kemudahan dan ketenangan dalam menjalani peperangan yang tidak lama lagi akan bermula......



segala yang baik itu datang dari Allah ...
dan segala kesalahan dan kekhilafan itu datang dari diri Cik NY sendiri....
mmafkan segala salah dan silap ..
jangan bermuram durja...
senyum2 selalu....
moga bahagia sentiasa mengiringimu....
*sempat lagi bermadah tu....
Wassalam...........
~terima kasih sudi membaca~

Saturday, April 21, 2012

Khas Buatmu sahabatku......

Assalamualaikum.....

khaifa halukum jami'an...
Alhamdulillah diri ini masih diberi peluang untuk mencoret, masih lagi rasa nikmat menghirup udara , manalah tau ini mungkin coretan terakhir , siapa tahu..... hanya Allah yang tahu.... kamu semua sah-sah lah memang tak tahu kan...... baiklah..... ini merupakan luahan hati tulus ikhlas dari seorang sahabat buat sahabatnya.....

seorang sahabat sentiasa dapat merasai dan dapat membaca gerak geri sahabatnya.... walaupun tidak terkeluar melalui tutur kata tapi ianya akan terluah melaui perbuatan , gerak badan dan bahasa tulisan... walaupun kita anggap ianya suatu perkara yang biasa dan kita cuba untuk sembunyikan tapi bagi sahabat kita ianya mempunyai mksud yang tersirat.... kerana perasaan itu Allah telah beri kepada mereka yang benar-benar merasai hubungan persahabatan melalui kasih Allah...



duhai sahabatku yang ku sayangi....
ku mengharapkan kemaafan darimu jika aku tidak sengaja telah melukakan hatimu dan membuatkan kamu marah terhadap diriku...... aku mengerti akan perasaanmu.... kerna aku juga pernah merasakannya..... aku amat malu pada kamu kerna kebaikkanmu kerna kesabaranmu melayanku dan keikhlasanmu membantuku... kau sentiasa hadir dalam hidupku tatkala aku perlukan seseorang disampingku untuk meluahkan segala masalah..... apa yang kamu lakukan padaku tidak pernah kamu ungkit.... tidak pernah meminta sebarang balasan.......

Ya Allah..... aku malu pada sahabatku.... aku terlalu kejam .... aku menyakiti hatinya... aku sering mengabaikannya.... walaupun begitu dia masih setia disisi aku.... segala yang diberikan padaku tidak ternilai harganya... aku malu......

wahai sahabatku...
ku mengharapkan kebahagiaan yang kita kecapi biarlah berpanjangan ..... walaupun badai yang dasyat bakal melanda dan menguji hubungan persahabatan kita.... aku harap kita berjaya melaluinya.... jangan hanya kerana perkara yang kecil kita bertengkar dan kerana mereka yang cemburukan keakraban kita sehingga membuat cerita yang menyebabkan timbul prasangka antara kita.....

sahabatku....
semoga kita terus kekal sebagai sahabat sehingga ke syurga ya..... aku mahu kamu jadi sahabatku dunia dan akhirat.... selalu orag kata BFF.... but I really want you to remember this word....

BEST FRIEND FOREVER UNTIL JANNAH.......


sekian dari sahabatmu.....
maaflah diri ini tidak pandai untuk bermadah...
hanya ini yang mampu ku ungkapkan ......
Sayang dan Rindu kamu kerana Allah......



okey tak surat ni.....
tapi tak jiwang pun....
maklum jelah yang menulisnye ni pun hanya insan biasa...
tidak pandai untuk berpuitis....
hanya ini termampu untuk mencoret.....
bimbang merembes air mata jika terus menulis .....
sahabat sejati sentiasa disisi dan doanya sentiasa buat sahabat yang selalu diingati kerana Ilahi....
ukhuwah fillah.....

sekian dari Cik NY ....
Wassalam.....