SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Saturday, August 25, 2012

Sebarkan Bahagia: TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH

Sebarkan Bahagia: TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH:


Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, datingtanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? 
 Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif. 
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat(walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebutikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)

Wednesday, July 11, 2012

Segmen : Jom tingkatkan follower by Hanis

Assalamualaikum....

Khaifa halukum jami'an....
kesempatan yang Allah beri dalam kehidupan kita janganlah kita sia-siakan....
apa pun yang berlaku pastikan kita ikhlas lakukan sesuatu kerana Allah....

rasanya dah lama sangat tak join mana-mana segmen...
jadi hari ini saya nak join segmen ni....
join bukan semata-mata meningkatkan follower...
tapi mahu berukhuwah dengan anda semua...
setiap ukhuwah itu indah andai kita ikhlas kerana Allah....

sebagai blogger... 
ilmu yang ada kita kongsian bersama...
setiap kisah suka dan duka akan dicoretkan untuk dikongsikan bersama....
apalah salahnya jika kita mengenali antara satu sama lain dapat menambah kenalan 
dan juga dapat bertukar-tukar pendapat....


klik banner klau belum join.....
mari bersama mengenali antara satu sama lain 
jalinan kasih tautan hati kerana Illahi

Sunday, July 8, 2012

Wata World......

Assalamualaiakum.....


Khaifa halukum jami'an.......
Alhamdulillah Allah beri peluang untuk ku mencoret lagi.... :)
jari pantas menari di atas papan kekunci...
mencoret kenangan yang berada diminda.....
mengimbau kembali saat-saat gembira....
tidak kurang juga saat-saat duka......

sudah kemaruk rindu pada kem .....
macam ni lah jadinya...
mula lah mengimbau kenangan....

jom layan sama ......




kenangan paling bermakna DKT 2012

 para penembak....


 serius sungguh muka YDP bru lepas menembak.....

 semangat perwira !!!!!!

 first ic squad....

 cantik je kan ..... tau dalam tu ape.... handphone
1 week tanpa phone.... tak mati pun tak de phone

 Solat itu tiang Agama.....




memang mengimbau kenangan betul ni.....
ada ke nampak muke kami tension.....
tak ade kan......
seronok sangat dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman....
so bagi warga UNITEN Muadzam Shah yang blum join Wataniah ni ......
jemput-jemput lah ye......
conferm tak rugi......
nak tahu perkembangan kami silalah ke page  VOLT136 UNITEN 

Wataniah UNITEN Muadzam Shah

sekian sahaja jari ini mencoret.....
bersama bersemangat demi negara tercinta...
wassalam.......

Hakikat Kehidupan

Assalamualaikum

Khaifa halukum jamian.....
jari terus pantas mencoret....
inilah kuasa yang maha Esa....
kadangkala kita lupa untuk mensyukurinya.....



kehidupan yang dilalui umpama jalan yang berliku dihiasi onak dan duri....
yang kita lihat hanyalah suatu kesusahan dan seperti tiada harapan untuk sampai ke penghujung jalan....
kadangkala kita lupa ....kadangkala kita leka...kadangkala kita tidak menyedarinya.....
apa yang kita lalui itu ada hikmah disebaliknya....


apabila ujian datang bertamu.... 
apabila masalah terus membelenggu.. 
apabila dugaan datang tak pernah jemu.... 
kita mula hilang arah.... hilang harapan... hilang pegangan....
kita lupa siapa diri kita...
kita lupa segalanya....
malah sanggup melakukan sesuatu yang salah demi kepuasan diri kita sedangkan.....
orang lain yang menderita......

itulah manusia.....
baru diuji kesusahan yang sedikit.....
sudah mula merungut , kecewa , sedih berputus asa , menyalahkan takdir dan macam2 lagi......
pada hal ramai lagi yang lebih susah , lebih menderita.....
tapi mereka redha.... mereka ikhlas.... tiada rungutan.....
sebab apa... mereka tahu... Allah tidak akan mnguji hambanya jika hambanya tidak mampu....

jangan lah kita hanya lihat kesusahan diri kita sahaja tapi lihat orang disekeliling kita....
jika kita lihat diatas memang kita rasa biasa saja tapi bila kita lihat orang yang berada dibawah tidahkah kita rasa insaf.......
kita rasa susah , ada lagi orang yang susah...
kita banyak masalah , ada orang len lagi yang banyak masalah....
kita tak de duit , ada lagi yang lebih miskin dan naif
kita rasa macam kebulur padahal baru sehari tak makan , ada lagi orang yang lebih kebulur sebab beberapa hari tidak makan.......

bila senang , kita lupa kita dahulu....
kita tak nak bantu mereka yang perlu....
kita sombong dengan apa yang kita miliki.....
kemewahan , kecantikan , kepandaian dan kuasa....
padahal itu semua tak kemana.....

jika anda pandai , kongsilah ilmu....
takkan luak ilmu yang kita ada malah makin bertambah ilmu....
jika anda kaya , kongsilah harta...
meringankan beban orang yang susah tidak rugi malah Allah menambah rezeki....
jika kita berkuasa , berlakulah adil dan jadilah pembela...
nescaya Allah akan merahmatimu dan memudahkan segala urusanmu......

bila kita lihat kembali diri kita dan keadaan sekeliling kita.....
apayang kita nilai pastinya serupa.....
bila kita susah pun begitu..... bila kita senang juga dalam keadaan begitu....
dimanakah kita.... siapakah kita.... perlukah terus begini sepanjang kehidupan kita.....

kita tak pernah rasa bersyukur.....
setiap nikmat dan rahmat yang Allah bagi....
kita selalui sahaja tidak puas hati....
x cukup itu , tak cukup ini....
semua x cukup.....
semua salah n serba x kena.....
tepuk dada tanya Iman lah.....
Allah suruh tak nak buat ada hati nak minta macam-macam......

sebagai manusia...
kita bukan lah sempurna....
apabila ditegur kita terima....
setiap yang berlaku pasti ada hikmah...
memberi peringtan tu tanggungjawap semua...
nilai lah setiap tutur kata bukan lihat siapa.....


jadikan Allah tempat mu meluahkan yang terbuku di hati.....
jadikan lah Nabi sebagai contoh terbaik ...
jadikan Al-Quran dan sunnah sumber rujukan...
insyaallah terpelihara kehidupan kita...
bukan sahaja di dunia tapi  akhirat juga jika di izinkanNya......

diri ini  hanya insan biasa.....
diri ini sendiri sedang melaluinya...... 
entry ini merupakan perkongsian buat semua.... 
untuk peringatan bersama....


Alhamdulilllah thanks to Allah....
Allah kurniakan insan dan sahabat yang setia menemani...
memberi kata-kata semanagat dan nasihat tidak pernah putus dari mereka.....
jika saya kelihatan keseorangan tapi hakikatnya saya tidak bersendirian....
Allah always by my side......
make yourself more better with give full of love to Allah....
Allah will give you happiness that you can't imagine it......

Saturday, July 7, 2012

Cerita yang tak menjadi .....

Assalamualaikum...

khaifa halukum jamian......
alhamdulillah.... jari ini masih mampu untuk digerakkan....
satu nikmat yang berharga....

hari ni....
tetiba nak share one story.....
alah citer ni tak best pun.... macam budak TADIKA punya karangan....
konon nak wat citer suvival tapi tak menjadi....
tebayang citer ala-ala muzikal pulak...
sila sediakan bantal ......
citer ni bakal menyebabkan anda mengantuk.......

i present you alls....

our survival........


Sebulan lagi cuti semester akan bermula , seperti biasa khisen mengemukakan cadangannya yang tidak pernah kering untuk menjalankan aktiviti pengembaraan yang mencabar setiap cuti semester , kawan-kawan yang lain hanya menunggu aktiviti apa yang bakal dijalankan pada cuti semester kali ini .

Khisen :apa pendapat korang kalau kali ni kita buat aktiviti pengembaraan yang lebih mencabar ?
Seelan  : kali ni apa pula aktivitinya sama ke macam aktiviti yang sebelum-sebelum ni , balik-balik mendaki gunung , berkhemah dan aktiviti amal , selain tu x de ke ?
Khisen : banyak pula cakap , jangan cakap je bagilah idea sikit , pengembaraan kita pada kali ini kita akan buat di lautan , kita kan merentasi lautan untuk mencari pengalaman dan menerokai keindahan laut , macamna ?

Terbeliak mata kawan-kawan yang lain dan sepontan mereka menjawap
Yusra , seelan , kogi , daus : Laut !!!!!!!!

Memang sangat memeranjatkan mereka , walaupun begitu ada perasaan teruja menyelinap dalam diri masing-masing kerana ini adalah pengalaman pertama dan tidak mungkin mereka akan lepaskan peluang ini , walaupun mereka menyedari akan akan risoko yang bakal mereka hadapi.

Daus    : biar betul kamu nak buat pengembaraan di laut ?
Khisen : takkan main-main , memang serius lah
Yusra   : dah fikir habis ke , risikonye macamna , ada ke kapal , sapa nak jadi captain , pemandu arah pula siapa bukan kita pandai pun bab macam tu , lagi satu keadaan laut ni selalunye kita susah nak ramal keadaannya ?
Kogi    : setuju dengan Yusra…… walaupun rasa teruja tapi tipulah kalau tak rasa risau kan.. kita perlukan perancangan rapi dan persediaan yang mantap faham.
Khisen : itu semua boleh di atur
Seelan  : sila lah terangkan idea hebat ko tu ?
Daus    : klau bab kapal tu aku boleh tolong uruskan , jangan risau.
Khisen : terima kasih daus , itu dah memudahkan kerja aku, okey pasal kapal dah selesai , captain kapal kita serah pada daus aku percaya dia boleh jadi captain yang terbaik , pasal pemandu arah tu tak jadi masalah , keadaan laut kita boleh ikut ramalan melalui internet dan alat pengesan kapal. Rasanya itu dah cukup kan ?
Seelan  :erm… ikut lah , harap-harap tak ada masalah nanti dan jangan ada yang tarik diri pulak saat-saat akhir

yusra dan kogi hanya menganggukkan kepala sahaja mendengar penerangan dari khisen . bermulalah penantian yang penuh debaran buat mereka.

 Sebelum cuti bermula , khisen membuat perjumpaan kali ke-dua bersama Firdaus , Kogi , yusra dan seelan , seperti biasa perancangan di atur dengan lebih rapi sebelum memulakan pengembaraan , kerana pada kali ini pengembaraan akan dibuat di laut , seperti yang dinyatakan pertemuan mereka yang lalu kapal yang bakal digunakan adalah kapal milik firdaus. Setelah mendengar taklimat yang lebih detail dari khisen mengenai pengembaraan kali ini , masing-masing mulai resah kerana keadaan di laut pada ketika itu sangat sukar untuk diramal dan kurangnya pengalaman mengendalikan kapal bila ada sesuatu emergency berlaku  ,walaupun begitu khisen tetap berusaha meyakinkan semua kawan-kawannya untuk teruskan pengembaraan terutamanya memberi kata-kata semangat kepada Firdaus kerana dia bakal menjadi captain kapal.  Setelah semua setuju dan yakin masing-masing pulang denagn debaran yang tidak dapat digambarkan pada ketika itu, hanya mereka yang tahu .

Pengembaraan bermula

Hari yang di nantikan pun tiba , semua berkumpul di jeti tempat yang telah dipersetujui untuk berkumpul sebelum memulakan pengembaraan , firdaus sebagi kapten mula menerangkan mengenai keadaan kapal dan beberapa taklimat berkaitan dengan kapal yang bakal digunakan bagi memudahkan sebarang kerja sepanjang perjalanan mereka nanti .  Khisen mula bersorak gembira bila menjejakkan kaki ke atas kapal , sama seperti yang lain , walaupun dalam diri masing-masing tidak terlepas dari kebimbangan jika berlaku sebarang masalah kerana ini merupakan pengalam mereka yang pertama menjalankan aktiviti pengembaraan dilautan .

Khisen : horayyyy…… akhirnya perancangnku menjadi kenyataan… bukan hayalan tapi inilah kenyataan yang nyata……..

Sempat lagi khisen menyanyikan lagu bukan khayalan
Suasana di atas kapal mulai riuh rendah sorakkan gembira apabila kapal mula meninggalkan jeti . Seelan mula membuat lawak dan mula mencari idea untuk mengenakan kogi  , pada ketika itu mereka mula bising dan menjerit-jerit antara satu sama lain .

Seelan : kogi jangan muntah ye…. Tau lah yang u tu tak pernah naik kapal , jangan mabuk laut sudah lah ye..
Kogi : seelan jangan nak cari pasal eah…. Main kasar Nampak…. Hello… ingat I ni mudah ke nak mabuk laut… tolang sikit ea….
Seelan  : ada I kesah ke….. nanti jangan muntah ya , tak sanggup I nak tengok , lepas tu jangan nak menyusahkan orang kena lap muntah dia pulak……
Kogi    : seelan , u memang tau kalau tak kenakan I memang tak boleh kan…
Kogi sudah mula naik angin dengan seelan , sehingga buku yang berada di tangan kogi dibaling ke seelan , seelan berjaya mengelak kalau tidak pasti sakit , maklum jelah buku yang dibaling tu setebal kamus oxford.

khisen hanya mampu melihat dari dan tersenyum sahaja kerana bukan selalu dapat melihat keadaan begini.
Firdaus yang mula tidak selesa dengan keadaan bising yang dilakukan oleh seelan dan kogi seperti itu memberitahu Yusra untuk menghentikan mereka dari terus bertengkar . Yusra hanya mampu tersenyum keranan sudah memahami yang susah untuk meleraikan apabila mereka sudah mula bergaduh walau apa pun yusra tetap cuba untuk meleraikan mereka .

yusra    : khisen , kogi sudah lah tu ini kan atas kapal bahaya tau
seelan  : saya gurau saja dengan kogi
kogi     : gurau apa begitu , menyakitkan hati
yusra    : sudah jangan bertengkar lagi !!!!

yusra yang mulanya tegur secara lembut mula menegur dengan tegas dan dalam nada yang agak marah , mungkin dah penat nak melayan kerenah mereka berdua . maklum jelah seelan ni sebenarnya nak menarik perhatian kogi kerana sudah lama dia menyimpan perasaan pada kogi , tapi tak pernah di layan mungkin dengan cara ini lah dia nak tarik perhatian kogi.

khisen yang mula melihat suasana itu masuk ke dalam bilik dan keluar bersama radio kesayangannya yang dibawa kemana-mana saja itulah teman setia khisen . khisen meletakkan radio tersebut diatas meja dan terus memasang dengan volume yang paling tinggi agar semua mereka berhenti dari membuat kekecohan , kebetulan pada ketika itu lagu yang diminati olrh mereka sedang berkumandang , secara sepontan mereka berhenti bergaduh dan mula menyanyi dan melayan perasaan pada ketika itu . keriuhan dalam pergaduhan terhenti dan diganti dengan nyanyian kegembiraan walaupun lagu tu lagu yang agak sedih
"Somebody That I Used To Know" (feat. Kimbra)

Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Somebody
(I used to know)
Somebody
(Now you're just somebody that I used to know)
(I used to know)
(That I used to know)
(I used to know)
Somebody

pada ketika itu masing-masing sudah lupa pergaduhan tadi. Melayan perasaan yang entah kemana sudah jauh melayang.
Tatkala semua sedang khayal sesuatu telah meghampiri kapal tanpa disedari . Pada ketika itu firdaus yang sedang mengawal keadaan kapal mula rasa gegaran yang berlaku tapi dia tidak pedulikan , mungkin rempuhan ombak yang kuat pada fikirannya. Yusra yang ketika itu sedang masak didapur mula merasakan sesuatu kerana gegaran yang berlaku menyebabkan banyak barang-barang yang mula jatuh dan membuatkan dia semakin risau. Yusra mula rasa tidak senang hati dan risau berjalan pantas menuju ke tempat daus mengawal kapal dan beritahu firdaus apa yang berlaku di dapur tadi.
Suasana atas dek pula makin gamat apabila seelan yang sedang menari mengikut rentak lagu kegemaranya  itu tiba-tiba jatuh akibat tidak dapat mengimbangi badan , kogi yang memang mencari masa untuk mengenakan seelan dengan spontan mentertawakan dengan nada yang kuat
Kogi : itulah dah tau badan overweight , ada hati nak menari lain lah mcm I yang ramping ni , menari pun cantik , pandanglah lihatlah badanku yang ramping  bila menari confirmlah menarik”
sempat lagi menunjukkan kehebatan dirinya menari sambil menyanyi.  Seelan yang tidak puas hati dengan kogi mula memarahi kogi dan menyuruhnya meminta maaf

seelan  : what you said , I can believe it you said like that to me !!!!
kogi     : so what ?
seelan  : sila minta maaf dengan I sekarang…. Kalau tidak memang I tak akan memaafkan you faham!!!!!!!
Kogi    : bila I buat salah cepat saja you nak suruh I minta maaf , kalau you yang buat salah tak mengapa , selama ini you selalu dengki I , kenakan I , tak pernah pun you minta maaf kat I , please talk to my hand !!!!!
kogi yang tidak mahu kalah terus bertikam lidah  dengan seelan. Pergaduhan mereka sudah tidak terkawal , sehingga seelan mula menunjukkan tangan mahu menampar kogi , Firdaus yang melihat keadaan it terus menjerit
firdaus : Seelan!!!! Kogi!!!!! Cukup lah tu turun bawah kat sekarang !!!!!

firdaus menyuruh kogi dan seelan untuk turun ke bawah ke ruang tamu , sementara itu firdaus menyuruh  khisen mengendalikan kapal sementara beliau memberi nasihat kepada seelan dan kogi . walaupun pemanduan secara automatic tapi ia masih perlu di kawal.
Suasana ruang tamu juga riuh apabila seelan dan kogi mula masuk ke dalam ruang tamu tersebut , firdaus yang masuk terus memarahi mereka berdua akibat daripada sikap keanakkan-anak mereka  dan tidak bersikap matang  ,

Firdaus : Please don’t be like this , matang lah sikit benda kecik pun nak gaduh , jangan lah kata nak gurau kalau sampai tangan nak naik kat muka , kalau nak bergurau pun biarlah kena pada cara jangan lah melampau sangat , bila dah gurau tak boleh nak terima pulak tu . (separuh berbisik dengan seelan tanpa didengari oleh kogi ) kalau dalam hati suka jangan cari jalan macam ni nak tarik perhatian dengan gurauan yang boleh sakiti hati dia tapi lakukan dengan penuh terhormat…. Faham seelan ?
Walaupun firdaus agak keras dan tegas namun soal hati dan perasaan memang dia mudah sahaja memahami apa yang sedang dilalui oleh seelan . sejak dari awal lagi dia dah memahami melalui pandangan mata seelan pada kogi setiap kali kogi lalu dihadapan seelan.

Ketika firdaus sedang memberi nasihat , keadaan kapal mula bergegar kuat dan pada ketika itu firdaus melihat di tepi kapal melalui tingkap apa yang sedang berlaku , pada ketika itulah dia melihat ikan jerung sedang melanggar kapal . Pada ketika itu , dia  keluar untuk melihat keadaan kapal , apabila melihat air yang mula memenuhi ruang bawah kapal dan ketika itu air sudah naik ke paras betis , dia terus berlari ke bilik kawalan dan mengambil alih semula keadaan kapal dan ketika itu keadaan kapal mula tidak terkawal , suasana ruang tamu pada ketika itu sunyi , tidak tegang seperti tadi kerana ketika itu seelan mahu memujuk kogi walaupun begitu dia sedar hati kogi masih panas dengan tindakan dirinya yang hampir menampar muka gadis idaman hatinya itu , langkah seelan terhenti tatkala mahu mendekati kogi kerana tiba-tiba kapal bergoncang sekali lagi dengan kuat , seelan mula tidak sedap hati apabila menyedari keadaan itu terus naik ke tempat kawalan meninggalkan kogi dalam bilik . firdaus mulai panik kerana pada ketika itu alat komunikasi tidak dapat digunakan , kogi yang masih terkejut dengan apa yang berlaku antara dirinya dan seelan tidak menyedari keaadan yang berlaku terus duduk melayan perasaan .

Keadaan kapal semakin tidak dapat di kawal dan mulai senget , firdaus mulai panik dengan keadaan itu dan dalam sekelip mata sahaja kapal mulai karam dan pada ketika itu dia menyuruh yusra terjun namun yusra enggan kerana bimbang keadaan kawan-kawan yang lain melihat keadaan itu firdaus terus menolak yusra terjun ke laut untuk menyelamatkan diri kemudian khisen dalam ketakutan juga terjun walaupun menyedari dirinya tidak pandai berenang namun dia tidak mempunyai pilihan lain , apabila terjun sahaja ke laut dia tidak dapat mengimbangi dan hampir lemas namun dengan gerakan pantas seelan , khisen Berjaya  ditarik dan seelan terus berenang menghala ke sebuah pulau walaupun mereka menyedari mereka dalam keadaan bahaya kerana jerung ada berhampiran dengan mereka , namun mereka tiada pilihan lain hanya itulah cara untuk mereka menyelamatkan diri , mereka perlu berenang dengan pantas sebelum jerung mengesan pergerakkan mereka , mereka juga bernasib baik kerana tidak jauh daripada mereka terdapat sebuah pulau .

Keadaan mulai kalut apabila seelan juga mula lemah dan hampir lemas kerana kakinya masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan akibat kemalangan yang menyebabkan dia tidak mampu untuk berenang jauh walaupun jarak tidak jauh namun kerana dirinya yang perlu membawa khisen menyebabkan kekuatannya terbatas , namun dengan kecekapan dan kekuatan firdaus telah berjaya menyelamatkan khisen dan seelan kemudian terus menarik mereka ke tepi pantai nasib baik mereka dah hampir dengan pantai kalau tidak pasti sukar juga keadaannya , yusra sudah pun sampai ke pantai dahulu dan memberi bantuan pada firdaus untuk menarik khisen dan seelan  . Pada masa yang sama seelan memberitahu firdaus bahawa kogi masih lagi berada dikapal , dan dalam keadaan yang begitu pun seelan cuba gagahkan diri cuba untuk pergi ke kapal dan menyelamatkan kogi tapi di halang oleh firdaus yang bimbang keadaan lebih teruk kerana keadaan seelan yang agak lemah , oleh itu firdaus mencadangkan bahawa dia dengan rela hati untuk menyelamatkan kogi walaupun dia tahu bahawa bahaya yang bakal dilaluinya.
Firdaus mula berenang menghampiri kapal pada ketika itu , pada masa yang sama jerung mula mengejar firdaus dan dalam keadaan panik firdaus berjaya mengelak dari serangan jerung kerana dia tekad untuk menyelamatkan kogi , dia terus  memasuki ke dalam kapal dan menuju ke bilik kogi , dia melihat kogi sedang mencari barang dan kemudian memasukkan beberapa barang kedalam beg uncang yang selalu dibawanya kemana-mana.

Firdaus menarik tangan kogi untuk keluar dari kapal tapi kogi masih berdegil dan terus mencari barang dalam beg bimbit untuk di masukkan kedalam uncangnya.  Firdaus mula hilang sabar kerana ketika itu keadaan air sudah naik keparas dada , tanpa menghiraukan kogi firdaus dengan pantas menarik dengan kuat tangan kogi keluar dari bilik dan terus naik keatas , ketika itu jerung mula mengejar mereka dan hampir menangkap kogi dan kogi berjaya diselamatkan oleh firdaus namun jerung tersebut berjaya menangkap kaki firdaus , dengan senjata tajam yang ada ditangan firdaus , dia telah berjaya membuatkan jerung itu melepaskan kakinya dan berenang jauh dari mereka dan ketika itu mereka terus berusaha berenang ke pantai.

Sampai sahaja di pantai mereka terus mengangkat firdaus ke tempat yang lebih redup untuk memudahkan rawatan dan memberikan keadaan yang lebih selesa pada firdaus. Yusra menyuruh khisen mencari daun-daun yang boleh merawat luka pada kaki firdaus , namun dengan keadaan begitu , agak susah untuk memperolehi daun-daun tersebut , pada ketika itu dia teringat bendage yang membaluti betisnya lantas membukanya lalu dibalut pada luka di kaki firdaus . luka di kaki firdaus tidak terlalu serius namun boleh mendatangkan mudarat jika terkena jangkitan kuman.

Yusra yang dalam keadaan risau melihat keadaan kawannya mula menyeluk poket seluarnya , gaya yang selalu dia akan buat bila dalam keadaan risau , tiba-tiba dia merasakan ada sesautu dalam poket seluarnya lalu dikeluarkan plastic kecik dari poketnya , baru dia teringgat ubat tahan sakit yang selalu di bawa kemana-mana , maklum jelah orang selalu sangat sakit memang ubat sentiasa disisi , dia pernah diberi gelaran budak ubat sebab bila ada kawan yang sakit mesti dia akan hulur ubat , kalau tak panadol mesti ubat tahan sakit n ubat-ubat lain. Memang kenalah pada dirinya dah macam poket doreamon pun ada tapi poket ubat lah.

Ubat yang ada ada pada yusra masih dalam keadaan baik kerana plastic itu dapat menahan air daripada masuk kedalam, seluar yang di pakai yusra juga poketnye mempunyai zip kerana itulah ubat itu selamat . firdaus terus diberikan ubat tersebut bagi mengurangkan rasa sakit dan bisa luka................

-----------------------------------------------------------------------------------
to be continued......
maklum jelah laptop tgh problem....
asyik sangkut je.... pastu ble save bleh plak tak save.....
pendrive ntah mana....
ni lah jadinye......

berpinar mata tengok tulisan banyak mcm ni......
dah lah citer x best.... ntah ape2 je....

ada masa nanti Cik NY sambung kalau rajin lah...
wassalam.......