SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Friday, October 25, 2013

ANTARA SAHABAT DENGAN SAHABAT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
diri ini masih diberikan lagi nikmat..
jantung ini masih mampu menerima oxygen
jari ini masih mampu bergerak untuk mencoret ,
akal ini masih lagi mampu berfikir..
nikmat segala nikmat adalah nikmat islam , iman , dan ihsan...
Alhamdulillah.... alhamdulillah.... alhamdulillah...
nikmat yang terlalu... lalu... lalu.... lalu banyak....
x mampu untuk kita kira dan nilai....
andai kita kaya sekali pun x kan mampu membeli setiap nikmat andai ia hilang dari diri kita...
bersyukurlah... bersyukurlah... bersyukurlah....

kehidupan manusia itu tidak lah selalunya indah....
melihat kepada realiti kehidupan..
terlalu banyak cabangnya
pendekatan remaja
adalah antara sahabat dengan sahabat
selagi mana tidak membelakangkan syariat
apa sahaja asalkan Allah tidak murka
kehidupan sahabat bahagia dan gembira

apabila kita menasihati sahabat..
adakah kita akan menerima jika sahabat itu menasihati kita..
biarpun dia itu kadangkala lebih teruk dari kita
tapi teguranya itu tepat pada setiap kesalahan kita...
kita akan menerima jika kita mendengar menggunakan iman
jika mengikut nafsu , ego dan emosi kita pasti menolak..
kerana kita melihat dan nilai
daripada siapa yang menegur bukan dari apa  yang ditegur

apabila kita meminta sahabat bersabar atas setiap sesuatu..
adakah kita mampu bersabar bila sahabat mengatakan perkara yang sama tatkala kita juga melalui seperti mana apa yang dilalui oleh sahabat...
roda itu berputar..
tatkala sahabat dibawah , kita memintanya bersabar kerana kita tidak rasa seperti mana yang sahabat rasa
dan akan tiba suatu masa
kita pula yang akan berada dibawah
dan sahabat itu hadir dengan mengingatkan perkara yang sama seperti mana kita menasihatinya dahulu..
bagaimanakan kita....
lihatlah hikmah atas ujian dan cabaran yang melanda
jangan pernah menyalahkan atau menyalahkan sesuatu atas segala yang berlaku
kebaikkan jadikan sandaran
keburukan jadikan sempadan
itulah yang dinamakan realiti kehidupan

apabila kita lihat....
ada sahabat mampu menunggu dan bersabar biarpun macamane lama sekalipun..
tapi sahabat yang ditunggu itu tidak semestinya mampu untuk sabar menunnggu
seperti mana sahabat yang menunggu ini mampu menunggu sahabat yang ditunggu...
setiap penantian itu perlukan kesabaran
tidak semua orang mampu bersabar
tidak semua orang sama tahap kesabaran
tidak semua orang mampu menahan kemarahan dengan kesabaran
kerana setiap orang itu berbeza kita perlu bersama untuk saling melengkapi
untuk mendidik kesabaran dalam diri
jika dia mampu untuk bersabar mengapa kita tidak..

dalam kehidupan manusia...
pengorbanan demi pengorbanan dari seorang sahabat kepada sahabatnya
biarpun setiap sahabat itu berbeza namun dengan itu mampu untuk kita bersama melaluinya
ada sahabat yang mampu berkorban masa dan tenaga kerana kekurangan harta
namun ada sahabat yang mampu berkorban harta dan fikiran kerana kekurangan masa
ada juga sahabat yang mampu berkorban masa dan fikiran kerana kekurangan tenaga
dan ada sahabat yang mampu berkorban harta dan tenaga kerana kekurangan ilmu pengetahuan
setiap sahabat mampu untuk berkorban mengikut kepada kemampuan diri masing-masing
kadangkala kita mampu berkorban tapi sejauh mana keikhlasan kita untuk berkorban
ya... kita berkorban...
jika kita berkorban kemudian kita mengungkit dan tidak berpuas hati
adakah nilai pengorbanan itu sampai pada diri individu
wallahualam... tepuk dada tanya diri... tanya iman....
tak semua orang mampu memahami..
skop pengorbanan itu meluas...

ada sahabat sanggup mengorbankan perasaan sendiri hanya kerana sahabat yang disayangi
ada sahabat sanggup beri barang yang disukai kerana sahabatnya memerlukan
ada sahabat sanggup mengetepi keperluan diri kerana mengutamakan keperluan sahabat yang dicintai
ada sahabat sanggup berdiam diri dan simpan kesedihan hanya kerana mahu melihat kebahagiaan sahabat
ada sahabat sanggup meluangkan masa meskipun perlu mengorbankan masa diri sendiri demi bersama sahabat

kadangkala
sahabat kita beri bantuan harta , melapangkan masa , berkorban tenaga , kebalkan hati , menadah telinga
meskipun dirinya dalam sempit , sakit , derita dan segala kepahitan diri sanggup diketepi hanya demi menjaga hati dan diri sahabat yang disayangi
biarpun dirinya dalam kepayahan dan terluka itu lebih baik dari melihat air mata sahabatnya dalam keperitan
cukup dirinya jangan sahabatnya..
biarpun seperti melampau tindakkannya namun demi kebahagiaan sahabat menjadi keutamaanya selagi mana tidak membelakangkan syariat Allah

sahabat itu anugerah
kerana Allah menghadirkan sahabat demi kebaikkan dalam kehidupan..
jika benar sahabat pasti diri akan terubat
tidak perlu bicara hanya dengan mata dan keberadaan di sisi membuatkan cukup hati akan terisi
bicaranya mendekatkan diri pada pencipta
kata2nya tidak pernah kosong
segala tuturnya penuh hikmah
membentuk dan memelihara hati yang sentiasa rindu dan kasihkan Illahi
kerana mahu bersama ke syurga yang hakiki
itulah nikmat ukhuwah fillah dari yang esa
buat hambanya yang mendambakan cintaNya

seperti meluahkan rasa
namun positifkan fikiran
ini bukan luahan
tapi realiti kehidupan
pasti ada yang pernah melaluinya
hargailah sahabat..

SAHABAT ITU ANUGERAH TERINDAH DAN TERISTIMEWA 
DARI ALLAH BUAT HAMBANYA

wallahualam....

No comments: