SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Friday, December 27, 2013

Pasrah segalanya

Assalamualaikum..

Khaifa halukum jami'an..
Alhamdulillah masih lagi menikmati nikmat Illahi
Nikmat terbesar adalah nikmat islam, Iman dan Ihsan,
Allahuakbar.. subhanallah... Alhamdulillah.. astaghfirullah..
moga kehidupan kita sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan restu Illahi..

setiap manusia mengharapkan kesenangan dan kebahagian dalam kehidupannya
namun tak semua apa yang kita mahu akan kita perolehi.
tapi sebaliknya Allah beri apa yang kita perlu tidak lebih dan tidak kurang
Allah.. betapa Allah itu amat memahami hambanya..

hakikat manusia biasa sentiasa merungut dan terus merungut dengan apa yang berlaku pada diri kita
kerana kita ini sering memandang setiap yang berlaku pada diri kita itu adalah bebanan...
bukan mudah kita menerima sesuatu perkara terutama apabila kita terbeban dengan sesuatu perkara
sedangkan Allah telah berfirman :

A286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


percayalah pada Allah , yakinlah dengan Allah , sentiasa bergantung pada Allah..
diri ini juga seringkali hanyut... seringkali leka.. seringkali alpa...
namun Allah tidak akan pernah membiarkan hambanya terus hanyut, leka dan alpa..
pasti Allah hadirkan sesuatu untuk mengembalikan diri kita kepadanya..
seringkali Allah memberikan sesuatu melalui hambanya juga..

setiap manusia itu berbeza, kita tak mampu menghayati
kita tak mampu merasai, kita tak mampu memahami..
apa yang setiap orang rasa itu berbeza
katakanlah sesuatu yang berkhikmah
cubalah untuk memahami dan menyelami
elakkanlah mengatakan sesuatu yang melukai hatinya

andai kita rasa apa yang dilalui itu ringan
mungkin ia ringan bagi kita
tapi mungkin berat bagi dirinya
kadangkala apa yang mereka lalui itu jauh dari bayangan dan fikiran kita
kadangkala seolah-olah apa yang diceritakan itu umpama cerita dogeng
dan dengan selamba kita menunjuk riak seolah-olah 'betul ke cerita dia ni'
tapi berilah kata-kata semangat dan kata-kata bermanfaat...
andai kita melihat mereka semakin jatuh..
usahalah bantu untuk bangkitkan semangat mereka
bukannya meninggalkan mereka..
bukannya membiarkan mereka..
bukannya memburukkan mereka..
berhati-hati dengan setiap tutur kata dan perbuatan kita..
Allah akan menguji dengan setiap apa yang kita lakukan dan tuturkan..
tidak mustahil suatu hari Allah akan menterbalikkan apa yang die itu lalui kita akan rasai..

wahai insan..
kita tak mampu untuk meringankan beban mereka tapi bantulah mereka untuk bangkit..
itu sudah cukup buat mereka untuk kuat dan bangkit semula..
apabila sakit atau dalam keadaan yang susah kadangkala mereka terasa jauh dari Allah
disitulah peranan kita..
Allah beri kita kesenangan untuk kita bantu mereka dalam kesusahan
itulah pintu atau peluang kebaikkan yang Allah nak beri pada hambanya
Andai Allah beri kita kesusahan.. pandanglah ke arah positif..
itu mungkin panggilan Allah, Allah rindu mendengarkan rintihan kita, Allah mahu kita kembali kepadanya...
Allah... Allah.. Allah...

sebuah lagu yang membuatkan diri ini merasai setiap bait kata dalam lirik ini adalah umpama luahan hati diri ini.. hanya yang mengalami akan memahami apa yang sedang dilalui.. ku serah dan pasrah segala yang dilalui atas kehendakMu Illahi...



Pasrah Segalanya
DeHearty

Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


kehidupan hamba tiada yang diduga tidak lari dari cabaran, ujian dan dugaan..
hayatilah sesuatu kadangkala masalah yang datang itu adalah cara Allah memanggil kita untuk kembali kepadaNya...

kembalilah kepada Allah... kembalilah kepada Allah... kembalilah kepada Allah...
banyakkan bersyukur.. kurangkan merungut.. banyakkan selawat dan istighfar..
mohon keampunan.. merayulah padanya... Allah sentiasa bersamaMU...
~wallahualam~


Tuesday, December 17, 2013

3 GOLONGAN MANUSIA

Assalamualaikum.

kenikmatan dalam kehidupan..
nikmat hidup dalam iman islam dan ihsan..
itulah nikmat yang terlalu mahal..
tiada nilai yang mampu dibayar kerana ianya terlalu mahal dan sangat suci..

tahukah kita manusia itu terbahagi kepada 3 golongan ?
ana juga dalam proses pembelajaran..
mengetahui melalui pembacaan dan pendengaran..
mungkin ada yang mahu memberi perkongsian..
dipersilakan...
merujuk kepada buku aqidah dan perjuangan


manusia itu terbahagi kepada 3 golongan

Golongan yang pertama : orang-orang yang mukmin



Mereka adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan tunduk serta patuh kepada tuntutan-tuntutan Allah sama ada tuntutan-tuntutan dalam hubungan dengan Allah atau yang berkaitan dengan diri yang mesti dilaksanakan di bawah petunjuk dan Naungan-Nya.
firman Allah :

A015
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Golongan yang kedua : Orang-orang kafir Musyrik

Orang-orang kafir musyrik yang tidak mahu mengakui adanya Allah seperti yang di tuntut. mereka adalah manusia yang menutup akal fikirannya daripada menerima kebenaran Laa Ilaaha Illallah.
Firman Allah :
A006
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

A007
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.



Golongan yang ketiga : orang-orang munafik


orang yang tidak diketahui sama ada mereka beriman ataupun tidak. mereka mendakwa beriman tetapi sebenarnya mereka tidak beriman dan kadangkala lebih jahat daripada orang-orang kafir. mereka inilah orang-orang munafik. mereka adalah orang-orang yang menyembunyikan yang batil sambil melahirkan sikap kononnya mereka beriman. berkenaan mereka Allah berfirman :
A008
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

A009
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

A010
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

A011
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

A012
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.


melihat golongan-golongan ini membuatkan kita perlu muhasabah diri..
kita menyatakan kita beriman... namun sejauh mana kita beriman..

Allahuakbar... diri ini masih jauh dan terlalu jauh untuk menjadi seorang mukmin
namun tidak mahu menjadi munafiq
namun setiap perbuatan itu menghampirkan diri ke arah munafiq
berilmu namun tidak beramal dan tidak menyampaikan setiap apa yang diketahui..
menyampaikan tapi tidak mengamalkan..
terlalu besar kebencian Allah terhadap orang yang menyampaikan namun tidak mengamalkan..
dalam firmannya :

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

 wallahualam...

Allah.... betapa hamba ini hamba pendosa..
moga kita mampu untuk bangkit dan kembali kepada fitrah..
moga dijauhkan segala yang buruk
moga kebaikkan menghampiri dan menghiasi kehidupan seharian...
moga hadir kekuatan untuk bangkit dari kelemahan..
ayuh bangkit wahai diri..

moga Allah memberkati kita dan memberikan kebaikkan kedalam diri..
sebarkan bahagia sebarkan kebaikkan sebarkan kegembiraan..
we will more better with redhAllah.
ayuh be a mukmin!!!
wassalam....