SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Tuesday, February 14, 2012

Say NO TO VALENTINE DAY.......

Assalamualaikum...

khaifa halukum jami'an....
Alhamdulillah bertemu kembali setelah tak berapa lama menghilangkan diri , bukan sengaja tapi mencari masa untuk menyesuaikan diri. Insyaallah tangan ini akan cuba untuk mencoret sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca yang dihormati dan dikasihi......

Tanggal 14 Febuari menjelang kembali maka ramailah pemuda dan pemudi yang dah mula lupa diri kerana terlalu asyik menikmati kehangatan cinta lah kononnya . Benar ke cinta.... apa buktinya... dengan menggadai harga diri..... tu ke yang dinamakan meraikan cinta...... yang paling memalukan apabila orang muslim itu sendiri meraikannya dengan melakukan maksiat dan bermacam-macam perkara yang melanggar syariat Islam..... macam tu ke yang dimaksudkan meraikan cinta....


Sangat bijak musuh Islam.... diciptakan hari-hari tertentu untuk meraikan sesuatu yang menyebabkan pemuda dan pemudi islam mudah tertarik dan akan terleka dibuai keseronokkan dunia..... lihatlah berapa ramai yang sedang berkepit dan sedang berdua-duaan... bila dah berdua datanglah yang ke tiga . kononya x nak ketinggalan zaman... maklum lah kne lah ikut peredaran zaman..... tapi klau ikut peredaran zaman dengan mendatangkan kemudaratan dan keburukan pada diri kita perlu ke kita ikut... perubahan zaman yang membawa kita kembali ke zaman jahiliyyah moden.... hrmmmm kamu semua bleh fikir sendirikan... jangan terlau ikut nafsu nanti jadi lesu kalau terlalu ikutkan hati mati.....

semoga pemuda dan pemudi islam tidak terus hanyut dalam arus kemodenan... tingkatkan keimanan dan ketaqwaan agar diri kita sentiasa menjadi hamba Allah yang sentiasa mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.........

hanya ini luahan hati .... tidak banyak yang dapat dicoret ... terima kasih kerana sudi untuk membaca luahan hati insan yang masih dalam proses memperbaiki diri dan sedang mendalami ilmu agama...... bersama memperbaiki untuk menjadi seoarang mukmin yang sejati.......

wassalam......