SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Wednesday, April 27, 2011

Jatuh Cinta.......

assalamualaikum.....
alhamdulillah....
setelah 1 minggu 3 hari duduk di kulai rumah my buddy....
akhirnya saya selamat sampai di rumah.....
bila dah sampai umah ape lagi terus wat blogwalking.....
whateverlah.......
Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu,
lagi pun dah puas rehat...

sebenarnya saya telah jatuh cinta...
bukan pada orang lah....
bila cakap pasal cinta mesti semua orang ingat manusia....
semua salah.....

saya telah jatuh cinta pada buku " PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL "


Penulis
: Fatimah Syarha Mohd Noordin

Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

rasanya ramai yang dah baca ...
tapi saya tetap nak share jugak...
sebab cerita dia best sangat....

buku ni sesuai untuk semua golongan.....
terutama bagi mereka golongan remaja yang sedang mabuk cinta yang membawa kepada kelalaian....
saya juga seorang remaja tapi dah mula masuk ke alam dewasa.. umur 20 tahunkan dah masuk pra-dewasa.....
semoga diriku dijauhkan dari segala kelalaian dan kealpaan........

tak kesah lah apa pun..... yang penting saya dah baca buku tu....
bukan sekali tapi berulang kali......

okeylah...... tu je nak share
see u on next post.......

wassalam.......

Tuesday, April 19, 2011

first day.....

ASSALAMUALAIKUM.....
kali ni saya online kat cc kat kulai....
saya sebenarnya nak cerita hari pertama saya di KULAI kat rumah my buddy....
my buddy ni ustazah....
so dia ni agak buzy sikit lah....
yang penting saya dapat tolong dia uruskan keadaan rumah...
senang cerita jadi pengurus rumah je bukan rumah tangga...
masa hari first kat sini saya snap dalam umah n dalam bilik dia....

ni tangga umah dia... budak bujang duduk umah 2 tingkat....
x de keje lah ni sampai tangga pun nak amik gambar

tengok yang ni....
ni dlam bilik dia....
tak sangka kan....
tengok dari luar nampak rock tapi..
fuyooo dalam hati ada taman.......

yang ni pun sama..
dulu dia tak suka hiasan macam ni.......
tengok sekarang dah berjiwa wanita.....

ni lagi satu gambar dalam bilik dia....
gambar bunga ros....
dulu dia tak berapa suka bunga....
tapi sekarang..... haaaaaaaaa

ni lah dia my buddy.....
kalau yang kenal dia mesti suprisekan....
apa pun dia adalah my best buddy....

tq my buddy......
luv u so much....

rindu kat parent lah....
maklumlah budak manja yang jarang berjauhan dengan keluarga....
hehehe..
see u in next posts.....

Monday, April 18, 2011

ANAK MANJA KE...... ???

ASSALAMUALAIKUM..
hehehehehehe (ketawa sendiri)
dapat jugak update terima kasih kak bagi kita pinjam broadband akak...
dapat pinjam kejap pun jadilah.....
pada 17/4/2011 saya pergi ke KULAI menaiki bus (tiket kul 2.00 petang)
biasanye penumpang kena tunggu bas tapi lain pulak kali ni ....
bus tunggu penumpang.... (tunggu saya sebenarnye)
hahahahaha malunya.....
perjalanan dari bukit nak ke KULAI boleh lah tahan lamanya...
pehhhh..... kebosanan mula melanda bila perjalanan bermula....
orang lain boleh tido.... tapi saya ni .... tecongok sorang-sorang
dah lah sit tak de partner.... dah biasa gi mana-mana dengan parent bila pegi sendiri mula lah serba tak kena.... tak ada teman nak berbual.... lepas tu mula lah snap pic....

muka orang bosan......
tak boleh nak tido......

nampak sangat bosan bila gambar ni pun nak ambik....
ni kat tol skudai ade lagi gambar tempat tol tapi bagi 1 cukup lah....

bila dah sampai kat LARKIN saya macam orang bingung... maklumlah tak pernah turun stesen bus sediri.. kalau dulu ada adik teman ... ni sorang-sorang je... bila sampai je terus talifon buddy... banyak kali talifon dia maklumlah tak tau.... kesian dia kena layan budak manja..... lepas tu kehulu ke hilir cari bus nak ke kulai.... maklumlah baru pertama kali pergi..... dah tu naik bus ting tong pulak tu... haru jadinya.. rasa nak nangis pun ada mana taknye tak pernah keluar sendiri...
bila ingat balik ketawa sendiri... hahahahahaha nampak sangatlah anak manja... nak pergi mana-mana mesti parent hantar.....

haaaaa.... awek cun ni pulak orang indonesia....
sebab saya tak pernah pergi sini saya tanya dia...
"akak nik arek medon nang hospital kulai nang endi..." (tapi saya tanya versi melayu saje tukar jawa.....)
kalau tak faham tanyalah orang yang faham ye....
dia duduk kat sebelah saya masa nak ke KULAI

banyak lagi gambar tapi ni jelah yang nak tunjuk....
tu je nak cerita sebenarnye....
bila anda baca cerita ni....
siapa yang setuju saya ni anak manja....
sila angkat tangan macam saya (versi usop wilcha)
ni lah pengalaman pergi sendirian.....

ada masa nanti saya update cerita saya ketika berada di KULAI ye....
see u again next time.....

Saturday, April 16, 2011

SERONOK BERJUMPA..... THANK MY DEAR....

ASSALAMUALAIKUM.....
pada tarikh 16/04/2011
i meet my dears.....
i'm so happy......
siapa gerangan "my dear" tu....
nanti anda akan tahu jugak.....

seronok dapat jumpa tapi sebelum jumpa macam-macam halangan perlu di tempuhi....

1. mase dalam perjalanan ada kontraktor sedang buat kerja... kena lah tunggu sekejap... jalan terhalang.... adelah beberape minit kena tunggu....

2.hujan di pertengahan jalan..... ( basah jugak tudung saya )

tak lama selepas itu my dear kena jemput kat depan sekolah agama bersama kereta merahnya..... masa tu hujan lebat sangat.... tq my dear...

mula-mula kami pergi KINI nak cari Hadiah buat my buddy....

masa jalan-jalan tu mata meliar cari benda yang paling aku suka pegang , peluk , n amik gambar bersama.... comel sangat... rasa macam tak nak lepas je bila dah peluk.....
comel kan..... dah lah warna pink ... tu warna kegemaran tau.... x mampu nak milikinya... jadi kalau datang mesti cari pinky teddy bear ni.....

dah jalan-jalan and beli hadiah kat KINI ,
nak pegi makan pulak......
sebulat suara membuat keputusan makan kat KFC je senang........

makan bersama my dears.......

ni lah my dear anati....

ni pulak my dear hidayah.... (ieda) dialah yang bawak kereta merah yang menawan tu....

ni menu yang kitaorang makan....
chiken chop.....

ni same je dengan menu my dears cme tambah coleslo
ske sgt makan sayurnye.... saya memang gila coleslo.....

haaaa..... bila cakap my dear je mesti korang semua ingat pakwe kan...
kan dah tertipu..... "my dear" yang saya maksudkan adalah sahabat yang saya sayang.... x salah kalau panggil my dear jugak kan..... mana boleh keluar sesuka hati dengan lelaki , tak masal je balik kena fire je nanti ...
kalau nak keluar jugak see my parent first... itu pun kalau berani lah..... hahahahaha(ketawa nakal) .......
sudah-sudah lah tu...... (perasan lebih je ni )

apa-apa pun memang seronok......
semoga kita jumpa lagi di lain masa.....

MESRA BERSAMA.......

ASSALAMUALAIKUM SEMUA......
tajuk macam gempak kan.....
macam kisah sepasang kekasih saje......
tapi jangan salah.....
ni sebenarnya nak cerita kemesraan masyarakat kampung ketika berkupul gotaong-royong....

zaman dah berubah.....
masa ni dah tak ramai golongan remaja yang nak datang ke masjid untuk berganding bahu bersama masyarakat secara sukarela........
sedih pulak apabila mengenangkannya.....

pada waktu pagi pada 15/04/2011 kampung saya mengadakan gotong-royong....
oleh kerana saya rasa bertanggungjawap untuk membantu saya pun datang juga lah.....
seronok sangat dapat membantu sambil tu kita dapat mengeratkan silaturrahim lagi.....

macam-macam gelagat saya dapat lihat maklumlah bila duduk dengan mak cik-mak cik ni.....
bila dah cakap makcik-makcik dah tentu saya lah jadi juru kameranya....

tengok ni.....

jauh-jauh skit periuk panas ni.....

oppp.....santannya dah cukup ni jgn tambah lg

nurul nak yang mne satu yang besar ke yang kecik..... ( nurul tu name panggilan kat kampung )

dalam setiap kampung mesti ada lurah (ketua kampung )
nilah lurahnya
lurah iki paling nom (ketua kampung paling muda)
nang kawasan kene (dun Serom)
ni lah ketua kampung bersama isterinya........

kami mempersembahkan masakan sayur campur yang begitu enak dimakan begitu saja....

nilah suasananya.....
yang ni sape lagi kalau bukan saya.....
dapat 1 gambar pun jadilah.....
ni bukti tau .... saya datang tolong wat kerja bukan tolong tengok.....
hehehehe.... pegang sudip besar ni tau....

berikut adalah butiran program yang dijalankan.....

masa : 15/04/2011
tempat : Masjid Jamek Sabilillah Kampung Parit Pulai , Serom
Program: membudayakan Al-Quran Peringkat Dun Serom

gambar masa program x delah sebab yang datang ni semuanya orang laki....
malulah nak amik.....

okeylah... ni je nak kongsi....
see u again latter....
1 pesanan dari saya ...
jika hidup dalam masyarakat jadilah anggota masyarakat yang sentiasa menyumbang tenaga dan membantu masyarakat jangan lah hidup tidak berbakti nanti diri kita sendiri yang rugi.....
salam hormat.......

Tuesday, April 12, 2011

CINTA SEJATI....

ASSALAMUALAIKUM.....
masa telah lama berlalu , kali ni baru rasa nak sambung kembali tentang cinta tapi kali ni kita terus melangkah mengenai cinta sejati......


pada siapa perlu kita curahkan rasa cinta....
adakah kita curahkan rasa cinta kita dengan hati yang ikhlas....
dalam dunia ni yang kita wajib cintai sudah tentulah yang telah menciptakan kita dan alam semesta ini iaitu ALLAH.....
tapi adakah kita semua mencintai dengan hati yang ikhlas....
adakah kita sering mengikuti segala perintah dan meninggalkan segala larangannya....
apa perasaan kita jika kita melanggar segala perintahnya.....
bagi mereka yang benar-benar mencintai itu adalah kerana mereka ikhlas kerana Allah dan bukan kerana sesuatu......
mereka juga akan mengikuti segala perintah Allah dan tidak akan sesekali mendekati perkara yang dilarang oleh Allah...
mereka akan rasa terlalu bersalah dan terlalu malu dengan Allah apabila melakukan sebarang kesalahan walaupun dimata manusia itu hanya kesalahan yang kecil.... manakan tidaknya.... kita ini hidup adalah kurniaan dan yang kita miliki ini adalah pemberian yang tidak ternilai harganya...


sebenarnya begitulah cinta sejati itu bermula.....
seandainya rasa cinta kita ini hanya terhadap manusia semata-mata...
kebahagiaan yang kita kecapi hanyalah sementara.....
apa yang kita perolehi itu kita tidak akan merasai kenikmatan yang amat bermakna...
kerana kenikmatan kebahagiaan dan rasa cinta yang sebenar adalah datangnya dari Allah....
banyak contoh yang kita dapat lihat dalam kehidupan para nabi dan ahli sufi....
kerana cinta mereka yang tulus kepada Allah mereka dikurniakan pendamping hidup yang istimewa daripada Allah....
jika kita memberikan yang terbaik dalam hidup kita untuk Allah , Allah juga kan memberikan kita segala yang baik dalam kehidupan kita termasuklah teman hidup kita.....


seandainya berlaku sesuatu musibah dan dugaan dalam kehidupan atau perhubungan kita janganlah kita menyalahkan apa yang telah berlaku kerana itu adalah ujian yang diberikan oleh hambanya untuk melihat betapa dalam dan ikhlasnya cinta kita terhadap Nya dan sekaligus menguji tahap keimanan kita...
ingatlah jika kita diuji kita adalah insan terpilih dalam berjuta hambanya...


cinta kita terhadap insan istimewa perlulah bersulamkan ketulusan dan keimanan agar perhubungan yang dibina tidak dihiasi dengan segala kemungkaran dan kemaksiatan......
kejujuran adalah penting dalam perhubungan kerana tanpa kejujuran hilanglah rasa kepercayaan dan rasa cinta itu akan mula pudar.....


jika kita bimbang rasa cinta sebelum pernikahan itu akan mendatangkan kemudaratan jauhinya....
jangan sesekali mendekatinya kerana ianya akan membinasakan kehidupan kita....


cinta seorang insan yang sejati akan kekal sehingga mereka diijabkabulkan dan bahagia hingga ke akhir hayat dan sepanjang hayat mereka mereka saling membantu agar kehidupan mereka sentiasa dihiasi dengan kebahagian dan ketaqwaan yang akan memberikan mereka kehidupan yang lebeh baik di akhirat nanti......

ini hanyalah pandangan dari saya mengenai cinta sejati...
semua orang menginginkan cinta sejati betul tak..... termasuklah saya sendiri.....
mengharapkan seseorang itu jujur dan ikhlas jangan ada dusta antara kita........
andainya dia adalah untukku maka Kau dekatkan lah hatiku dengan hatinya....
seandainya dia bukan untukku Kau redhakan lah hatiku dengan ketentuanMu......
ya Allah , engkaulah tempat ku bergantung harapanku...

Sunday, April 10, 2011

KERINDUANKU..........

Assalamualaikum........
lama x update blog.....
rindu sangat.......

Rasa rindu adalah kurniaan dari Allah terhadap semua hambanya.....
betapa ruginya jika seseorang itu tidak ada rasa rindu......
dalam hidup ini kita perlu ade rasa rindu kepada...
1.Allah
2.Nabi Muhammad
itu adalah yang paling penting.....

lepas tu kita perlu ada rasa rindu pada ibu dan bapa kita....
selepas itu kita rindulah pada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikkan kepada diri kita....

sebenarnya saya nak cerita yang saya ni rindu dengan suasana tabika dan kanak-kanak tabika tempat saya kerja.....
apabila cerita pasal kanak-kanak , kita pasti akan terbayang keletah mereka.....
mereka lah yang mewarnai kehidupan sesebuah keluarga.....
gelagat mereka akan menjadi penghibur hati......

ini kerenah mereka bila tiba waktu pulang....

ini Zaim Zikry budak paling pendiam kat tabika.... dia ni pandai... tanya ape pun boleh jawap...

ini Faizuddin..... rindu tangisanya yang sering dibuat-buat untuk meraih simpati..... bleh trima award pelakon air mata.....

ni namenye Azri.... budak ni susah betul kalau suruh makan.... kena paksa makan.... bila makan makanan yang dia suka tak payah paksa-paksa... siap tambah lagi ada....

ni namanye Afiq... tp dy suka bahasakan diri dia amat.... apa-apa pun suka sangat tengok gaya dia menyanyi.... feeling habis....

budak ni cute sangat... nama diberi Nurin Hanani..... suka sangat dengan dia ni tak banyak kerenah... pandai mewarna umur dia baru 4 tahun

ni Amira Batrisya..... berambut ekal..... mata dia bulat..... sentisa beri komitmen yang baik ketika belajar.....

ni hafizah..... dia budak perempuan yang paling manja sekali....

yang tadi Nurin Hanani , yang ni nurin jugak tapi Nurin Safiyyah... budak ni bijak tapi payah nak buka mulut suaranye pelahan je tapi bila ketawa.... satu kelas boleh dengar....

yang ni budak yang selalu jadi hero.... susah nak kawal bila dia jadi hero.... hero sepanjang masa..... nama budak ni danial haikal.... sedapkan namanya......

ni cikgu dengan budak -budak......

yang ni Haziq.... budak ni baik sangat.... fokus je bila diajar....

yang ini dah tentulah saya bersama budak-budak... ada talent x jadi mama... tapi x nak lah mama... saya nak dipanggil UMMI...... rindu pada anak-anak UMMI..... hehehehe ( perasan je )

ni saya bersama kak Suria Lela cikgu tabika tempat saya kerja.....

ni kak Lela bersama kereta saga kesayangannya

setelah berhenti kerja.....
terasa rindu melanda pada telatah dan kerenah mereka
inilah kenangan manis bersama kanak-kanak.....
salam sayang dariku buat semua.....