SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Sunday, March 20, 2011

Monday, March 14, 2011

BERGEMBIRA.........

Assalamualaikum semua.....
igt nak sambung cerita TENTANG CINTA...
tapi sambung lain kalilah.....
hari ni seronok sangat.....
sebab... hari ni saya sekeluarga pergi ke umah mak long...
saya cerita ni macam jauh je rumah mak long... tapi dekat je... cuma kat sagil parit 1....
masa sampai kat umah mak long je tengok rumah kosong tapi pintu terbuka.....
rupa-rupanya semua berpesta kat kolam tengah tangkap ikan.....
kolamnya kat sebelah rumah je...
seronok sangat dapat tengok.....
walaupun tak dapat masuk kolam ,  tengok pun jadilah.......

Abang nain...cari lubuk nak tebar jala ikan.....

Abang zaini menebarkan jalanya dengan penuh gaya...
yang tunggu kat dalam kolam tu abang fadil...
bila angkat je dapat ikan patin besar betis....

azrin duduk termenung sebab tak dapat nak masuk kolam....
kesian dia.....

tebaran jala yang cantik.......
bagi 100 markah.....

Ikan patinnye dapat 6 ekor.. besar....  maklumlah dah 2 tahun....
ikan yang lain2 pun dapat banyak jugak.....
masa tengah seronok tengok orang tebar jala...
dorang cerita pasal tupai hutan yang sesat....
tupai tu dikurung sementara...
Inilah tupainya
comel lah jugak tupai ni....

pandai posing jugak tupai ni.....

meriah tul hari ni.....
memang betul-betul happy day's......
lepas sembahyang maghrib ,
kak leha , kak jai n bibik masak.....
fuhhhhhhhh sedap sampai menjilat jari...
sampai 2 kali makan tau.....
terima kasih bebanyak lah......
memang sedap tapi terlupa nak amik gambarlah masa makan tu.....
punyalah sedap sampai terlupa nak amik gambar.....

Pukul 11.00 malam baru bertolak balik rumah.....


itu je nak share hari ni.....
memang best.........

Thursday, March 10, 2011

TENTANG CINTA....

Assalamualaikum.......
hari ni nak kongsi cerita cinta.... bukan tentang saya tau......



Apa makna cinta......
Menurut Kamus Dewan ialah berperasaan sangat sayang, berahi, cinta, atau kasih kepada lelaki atau perempuan, negara, bangsa, kebebasan, dan lain-lain. 
Menurut Islam, cinta merupakan nikmat teragung kurniaan tuhan kepada makhluk yang bernama insan.

 

Cinta juga merupakan fitrah dan hakikat yang tidak dapat disangkal. Cinta yang paling agung merupakan cinta kepada Allah, diikuti cinta kepada Rasul, dan ibubapa.

Setiap orang mempunyai banyak tafsiran mengenai makna cinta.....

1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. , makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya....



bila bercerita tentang cinta mesti semua rasa teruja....
maklumlah kalau pasal cinta mesti semua mula berangan .....
termasuklah saya....
kalau baca buku mesti ada pasal cinta...
kalau tengok cerita mesti ada adegan cinta.....
segalanya berkaitan dengan cinta.....
melakukan sesuatu pun perlu dengan rasa cinta ...
kalau tidak mesti keje tu tak sempurna kerana kita buat tanpa ada perasaan....

cinta tidak dapat diraih hanya dengan ugutan dan ancaman ia soal hati yang memberi dan menerima....

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.



Cintakan Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi.
 Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.

rasa belum puas bercerita mengenai cinta.... sambung lagi lah di lain masa.... 

Wanita-wanita Perindu Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wanita-wanita Perindu Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

lagu Maha Melihat.....

Assalamualaikum .....

lamanya tak tulis kat blog... rindu sangat.... tapi hari ni tergerak nak menulis...

semasa dalam perjalanan ke suatu tempat sambil menikmati alam ciptaan tuhan...
saya mula tertarik dan jatuh hati pada alunan lagu yang di mainkan di sebuah stesen radio.....
segalanya berkaitan dengan kehidupan kita....
rasanya semua mesti pernah dengar lagu ni.....

MAHA MELIHAT

Opick

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya


*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung


Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan


Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata
bestkan lagu ni....saje nak kongsi dengan semua... 
apa yang ada dihadapan kita tidak akn kekal kerana kita bukanlah pemiliknya... jika sesuatu itu diambil semula... terimalah dengan redha .... kalau kita merayu sekalipun atau menangis sehingga keluar air mata darah pun kita tak akan dapat semula..... 
Apabila semua kurniaan dan sesuatu nikmat itu berlalu meninggalkan kita barulah kita menyedari bahawa kita tidak pernah bersyukur dengan ape yang telah dikurniakan kepada kita..... masa yang berlalu tidak akan dapat kita mengulangnya kembali.....
segala yang berlaku adalah ketentuan Allah... sebagai hamba kita hanya mampu untuk merancang tetapi Allah lah yang menentukan segalanya..... sesungguhnya Allah lah saksi akan setiap kebaikkan dan keburukkan yang kita lakukan.... tiada satu pun yang dapat disembunyikan daripada pencipta yang agung.........