SWeeT JaLiNaN KaSiH TerBiNa.....

Wangian Kasturi Al-Khausar (yang sakit dirawati yang sihat dilindungi)

Monday, February 21, 2011

WAHAI INSAN YANG BERGELAR WANITA

Duhai wanita....
ketahuilah...menutup aurat itu wajib....
jgn lah skdr mnutup shje ttp msti menutup aurat dengan sempurna....
pkai lah tudung y pnjngnye menutup bahagian dada...
pkai lah pakaian y longgar ..
bkn y mengikut bentuk bdn sesungguhnye apabila kamu memakai sedemikian..
kamu di barat kan bertelanjang...
tidak kah kamu malu...
bkn malu kpd manusia ttp kepada Allah....



tidakkah kmu tkut akan hukuman Allah...
x perlulah brbangga akan kecantikan y kamu miliki sesungguhnya itu bkn milik kamu, itu adalah milik Allah...
kamu sering memuji dan merasa riak dan takabur dgn kecantikkan y kamu miliki,
adakah kamu bersyukur kepada Allah...
adakah kamu menjaganya dgn baik dan sempurna....
sedarlah....
kita ini hnya mnusia biasa ..
kecantikkan y dimiliki hanya sementara sahaja...
y kekal itu hnyalah milik Allah... 
Duhai wanita.....
mngapa kamu sering ingkar...
mengapa kamu sanggup merendahkan martabat wanita...
tidakkah kamu sedar bahawa seindah hiasan di dunia adalah wanita solehah...
tidakkah kamu tahu y tubuh badanmu itu haram kepada mreka y bukan mahrammu...
mengapa begitu mudah kamu membenar kan kaum lelaki y bukan mahrammu memegangmu...
bgtu murahkah diri kamu....
haramkan lah tangan2 ajnabi itu daripada menyentuh kamu sebelum kamu mempunyai ikatan y sah....
hramkan lah tgn kamu dari menyentuh mereka....
walaupun dy adalah kawan baikmu....
y haram... tetap haram....
jgn lah kmu menidakkan dengan hukum Allah...
tidak perlulah kamu memarahi mereka y menegurmu...
ssngguhnye ape di katakn itu adlh benar....
kamu juga beragama Islam ....
mengapa kamu tidak mengkui kesalah y kamu lakukan....
jika ade y menegur atau menasihati kamu....
psti kmu akan mengatakan.....
x perlulah nak berlagak baik...
mcm lah kamu tu baik sgt..
kamu spe nak tgur aq...
mak bapak aq pun x de sbuk2 nak tgur aq...
hdup ni x pyh lah nk hipokrit...
klau mati pun kubur lain2...
aq x de mnyusahkan ko pun..
x perlulah nak menyibuk dlm hidup aq....
adakah ini kte2 yang spatutnya kluar dari mereka y ditegur dan mereka y beragama ISLAM..
adakah kamu pernah berterima kasih kepada mereka y menegurmu...
adakah kamu mengambil perhatian dengan ape y dikatakan mereka....
adakah kamu tahu bahawa mereka y menegurmu itu adalah mereka y sentiasa bimbang akan dirimu..
adakah pernah kamu terfikir itu semua....
ada kamu terfikir bila nyawamu akan bercerai dari badan....
kamu hanye memikirkan keseronkkan didunia......
kamu bilang hidup ini hnya sekali...
oleh itu kamu nak enjoy....
sampai bila kamu mhu begini....
sepatutnye kamu menggunakan peluang ini untk mengejar suatu kebaikkan ....
untuk dimanfaatkan didunia dan akhirat......
kamu sbnarnye sudah menagetahui hukum2...
tetapi mengapa tdak kamu melaksanakan nya...
adakah Islam itu menyusahkan......
Islam itu sebenarnya memudahkan....
membawa kesejahteraan....
adkah kamu tahu itu semua.....
atau kamu buat2 lpe....
duhai kaum wanita....
sedar lah sebelum terlambat......
bangkit lah dari kelekaan dan kelalaian....
tegakkan lah kebenaran.....
jgn lpe untuk memelihara tingkah lakumu....
duhai wanita...
jadilah wanita yang solehah...
dan mampu untuk membimbing mereka y memerlukanmu...

KESEDARAN YANG TERLEWAT....

Sepanjang hayatku..
aku leka....
aku lalai....
aku sesat...
aku terlalu mengejar dunia fana...
aku terlalu mengejar kemewahan...
aku terlalu mengejar kesempurnaan....
sehingga aku hilang pedoman.....
tapi...
ALLAH telah menentukan segalanya
pelbagai musibah datang bertimpa-timpa,
sebagai peringatan terhadap ku....
tapi aku masih tidak menyedarinya....
aku terus tersesat jauh dalam dunia yang terang....
aku tidak mempedulikan insan yang cuba untuk merubahku...


sampai satu saat....
duniaku tiba-tiba menjadi gelap....
aku tidak dapat mencari cahaya yang terang lagi..
kerna aku sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini....

Seandainya masih ada hari esok....
tidak akan aku persiakan setiap saat yang aku perolehi....
akan aku manfaatkan agar duniaku disinari dengan cahaya keimanan....
akan ku curahkan segala ilmu yang aku perolehi agar mereka tidak ketandusan ilmu...
akan ku korbankan keseluruhan hartaku untuk mempertahankan ISLAM...

Seandainya tidak ada hari esok
akan ku kaut segala kebaikkan yang ada dihadapan mataku ...
akan ku tinggalkan segala kejahatan yang cuba untuk menarikku....
akan ku kerah keringatku untuk menabur bakti pada masyarakat...
akan ku lakukan perkara yang dapat menebus segala kejahatan yang telah aku lakukan..



seandainya masih ada waktu untuk pengharapan....
aku mengharapkan keampunan daripada ALLAH,
aku mengharapkan keampunan daripada IBUBAPA ku,
aku mengharapkan keampuanan daripada SAUDARA - MARA ku , 
aku mengharapkan keampunan daripada TEMAN dan SAHABAT ku ,
aku mengharapkan keampunan daripada mereka yang pernah aku sakiti.....


seandainya tiada kemaafan maka gelaplah kehidupanku...
tiadalah ketenangan bagiku...
tiadalah kegembiraan yang diriku harapkan....
hanya seksaan yang dahsyat menanti...
hanya raungan kesakitan yang akan kedengaran....

jika aku menyedari sejak dari awal...
akan ku berubah menjadi seorang insan yang berguna...
seorang insan yang mematuhi segala peraturan agama....
seorang insan yang menjadikan agama sebagai cara hidup....
tapi itu semua sudah  terlewat...
kerna kesedaran itu datang tatkala nyawa hampir meninggalkan jasad....



Monday, February 14, 2011

Majlis Pengantin Remaja.....

Assalamualaikum semua.....
hari ini agak kepenatan kerana baru saja pulang dari kerja kawin rumah ayah sedara... 
padahal tak buat keje ape2 pun... hehehehe.....

begitu teruja sangat dapat datang kerana sepupu saya yang kawin tu
 muda lagi.. baru 21 tahun....
klau dah jodoh x kemana...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
meriah betul majlisnya tadi....
tired but happy.....

sekarang ni kalau tengok sepupu sebelah mak
masih ada 10 orang yang belum kawin..
8 orang lelaki ....
2 orang perempuan....
yang lelaki 4 orang msih budak
 dan 4 orang dah dewasa
kalau perempuan cuma saya dan adik saya je....
dalam kalangan sepupu
 sayalah sepupu perempuan kedua akhir...
klau kumpul asyik dengar cerita pasal kawin je....
" bilalah giliran nurul ni..."
panas je....
hahahahaha...
buat2 tak dengar je bila orang mula kenakan saya ..

cukup2 lah tu.....

nak tunjuk gambar pengantin ni......


ha..... ni lah pengantinnya...
pengantin lelaki ni lah sepupu saya....
muda kan.....
apa2 pun selamat melayari bahtera rumah tangga....
kawin muda ni banyak cabarannya..
semoga kekal sehingga ke akhir hayat dan semoga cekal dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan...


ni mak dan ayah pengantin lelaki.... 
wak loso dan wak sariah...
ayah pengantin lelaki ni abang mak saya

seperkara lagi yang membuat kan saya seronok adalah dapat jumpa dengan sedara- mara yang dah lama tak jumpa....

 macam2 gelagat.....

 hahahaha.... 
bestnye.... 
ni sepupu y sporting.... 
tgklah dy nak suap wak minah.... 

 ni saje je wat muke serius.....

 ble dah kumpul ade je benda nak di ceritakan....
riuh rendah.....

ni semua sedara-maraku..
cian dorang
 tengah tunggu nak beratur amik makanan ni....  orang ramai sangat kne beratur panjang

 cak... baaa..... alah imah x nak ktawa pun.....
hahaha abg Fadil je y ketawa...


ni 3 emak sdara ku.... y pkai baju lain tu sepupu saya....


lagi satu.....
ade jumpe sorang budak ni 
muka dia macam pelakon dalam cerita Hani
watak utama pulak tu...
tengok ni
yang pakai baju putih tu muka dia mirip dengan ummu hani kan...



mse ni dah nak balik tapi masih sempat lagi nak posing
yang tengah tu my belove mother
yang sebelah kanan mak tu mak sedara saya..
wak minah.....

apa2 pun memang seronok....
semoga bertemu lagi di lain masa.....

Friday, February 11, 2011

SAHABAT......

Pertemuan yang tidak pernah dirancang telah menyebabkan kita semua menjadi sahabat sehingga kini..
setiap hilai tawa , setiap gurau senda , setiap sendu tangis yang dilalui bersama menyebabkan kita sentiasa mengingati antara satu sama lain....
setiap kata nasihat yang diberikan sentiasa kekal diingatan..

seandainya tiada pertemuan ini ,
maka tidak terjalinlah keakraban ,
tidak wujudlah ikatan persahabatan....
kini hanya kenangan menjadi peneman tatkala teringat akan sahabat...

dahulu kita sering menyanyikan bersama lagu sahabat ..
dahulu kita sering berjalan di bendang bersama bagi mencari ketenangan...
dahulu kita sering bercerita tentang kegembiraan dan kesedihan yang dilalui...
bilakah ianya akan berulang kembali






kini semua mempunyai kesibukan..
kini semua semakin jarang untuk bersua...
kini semua tidak lagi berkongsi kegembiraan dan kesedihan..
janganlah ianya terus merangut kemesraan yang telah lama terjalin...

aku harap kita akan bersua lagi..
aku harap kita tidak terus terputus hubungan
aku harap kemesraan yang terjalin akan kekal hingga ke akhir hayat
aku harap kita semua akan saling mengingati dan saling mendoakan...


sahabat...
kamulah yang telah banyak membantu ku
kamulah yang telah banyak menyedarkan ku
kamulah yang telah banyak menberi kesedaran dalam hidupku
kamulah yang telah banyak mencipta kenangan ketika kita bersama dahulu
semoga persahabatan kita akan berkekalan......

sahabat...
jutaan terima kasih aku ucapkan....
kerna sudi memberi ruang untukku..
kerna sudi berkongsi segalanya...
kerna sudi membantu dikala susah
kerna sudi berkongsi segala kegembiraan dan kesedihan....
dirimulah yang terbaik......

sahabat..
semoga persahabatan kita direstui oleh Allah
semoga persahabatan kita akan kekal di dunia dan akhirat...
semoga kehidupan kita sentiasa disinari dengan cahaya iman....

terimalah secangkir kasih dan selautan rindu dari sahabatmu.....






Thursday, February 10, 2011

FOR THE REST OF MY LIFE

Tak tau knape... minat sangat lagu ni...
masa dengar lagu ni dalam bahasa inggeris dpt lah fhm sikit2 je maklumlah x pandai sangat dalam bahasa inggeris.....
tapi bila dah tahu maksud  lagu ni...
rase terharu je....

Bayangkan lah suami amat menghargai kehadiran isterinya disisi..
isteri mana yang tak bahagia..
maklumlah...
sekarang ni bukan mudah untuk menemui lelaki yang benar-benar menghargai kehadiran isteri....
alangkah beruntungnya jika seorang wanita yang memiliki seorang suami yang sentiasa memimpin dirinya tidak kira dalam keadaan susah dan senang sehingga ke akhir hayat....
bersyukurlah kepada mereka y memiliki pasangan yang baik 

FOR THE REST OF MY LIFE (MALAY VERSION)


Aku bersyukur kerana dikurniakan kau sebagai kekasihku
Kau membina mahligai untuk ku dan belayar bersamamu
Dan aku disini bersamamu
Kini aku ingin kau tahu
Kau telah membuka pintu hati ku
Aku sering fikir cinta itu mengelirukan
Tetapi semua itu berubah bila dikau hadir

Ooooooo......

Dan hanya beberapa kata yang ingin ku ungkapkan

Selagi masih ada hayatku
Aku akan sentiasa bersamamu
Aku akan sentiasa disisimu , jujur dan setia
Sehingga akhir hayat ku
Aku akan terus mencintaimu.....
Terus mencintaimu...

Selagi masih ada hayatku
Selagi ada siang dan malam
Aku bersyukur kerana dibukakan pintu hatiku
Kini dan selamanya aku..
Aku akan hadir bersamamu..
Jauh disudut hatiku , aku tahu

Aku rasa sungguh bahagia bila memikirkan tentang dirimu
Aku berdoa agar segala usaha kita diberkati
Kaulah isteri , teman dan kekuatan bagiku
Dan aku berdoa agar kita bersama selama-lamanya
Kini aku mencari kekuatan diriku
Segalanya berubah apabila kau hadir

Ooooooo......
 Dan hanya beberapa kata yang ingin ku ungkapkan
Selagi masih ada hayatku
Aku akan sentiasa bersamamu
Aku akan sentiasa disisimu , jujur dan setia
Sehingga akhir hayat ku
Aku akan terus mencintaimu.....
Terus mencintaimu...

Selagi masih ada hayatku
Selagi ada siang dan malam
Aku bersyukur kerana dibukakan pintu hatiku
Kini dan selamanya aku..
Aku akan hadir bersamamu..
Jauh disudut hatiku , aku tahu

Kini.... dikau disini , di hadapanku
Aku berasakan kekuatan cinta itu
Dan aku tidak meraguinya
Dan aku menyanyikannya dengan kuat
Yang aku mencintaimu selama-lamanya


FOR THE REST OF MY LIFE (original lyric)

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself feel so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Wednesday, February 9, 2011

Apalah dayaku.....



Insan yang bertakhta dihati tidak semestinya akan kita miliki......
kita hanya mampu untuk saling mendoakan....
diriku di sini dan kamu jauh nun di sana......
tipu jika diriku mengatakan tidak rindu...
tapi apakan daya......
ku perlu untuk menyimpan isi hati....
aku ini adalah wanita......
walaupun tidak salah untuk mengungkapkan rindu...
tapi aku malu......
layakkah aku untuk mengatakannya......
bimbang jika tidak diterima...
setiap detik ,
setiap waktu ,
aku sentiasa mendoakan dirimu....
agar dirimu sentiasa diberikan kemudahan ,
agar dirimu sentiasa diberikan kefahaman ,
agar dirimu sentiasa diberikan kejayaan ,
agar dirimu sentiasa diberikan kebahagian ,
agar dirimu sentiasa diberikan ketenangan , 
aku amat berharap dirimu akan menjadi imamku.....
tapi layakkah aku menjadi makmummu....
aku ini hanya insan biasa ,
lebih banyak kelemahan dari kelebihan.....
aku mengimpikan mahligai indah..
yang disulami dengan ketaqwaan...
yang dihiasi dengan ketaatan...
dan sentiasa disinari dengan cahaya keimanan..
tapi layakkah aku memilikinya....
aku ini hanya insan biasa.....

aku hanya mampu untuk berserah
aku sering berdoa 
Ya Allah seandainya dirinya adalah milikku
dekatkanlah hatiku dengan hatinya ,
seandainya dia bukan milikku
redhakanlah hatiku dengan ketentuanmu...
ANTA SA'DI SURURI